Berikutan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu, harga jualan runcit beberapa jenama rokok mengalami peningkatan di pasaran.
Memetik laporan Berita Harian, tinjauan mendapati di beberapa kedai mendapati beberapa jenama rokok terkenal meningkat sebanyak RM0.50 daripada harga lama sebelum ini. Antara jenama yang mengalami kenaikan harga adalah Dunhill, Benson & Hedges, Pall Mall, Peter Stuyvesant dan Rothman. Sementara itu, jenama Marlboro, Chesterfield dan L&M masih dijual pada harga lama. Menurut seorang penjaga sebuah kedai serbaneka yang enggan dikenali, rokok di kedai berkenaan dijual dengan harga baharu bermula Rabu lalu.
“Ada jenama rokok yang naik harganya, ada juga jenama yang masih dijual dengan harga lama, harga naik sebanyak RM0.50, kalau yang harganya RM17, kami jual RM17.50." Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.- CARI
|
20
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nana_Man replied at 7-9-2018 06:01 PM
Naik pun bagus....rokok bkn nyer bagus untk badan..
Dovahkiin replied at 7-9-2018 07:08 PM
Rokok john je, baru rm4 sekotak.
p.s.Nasib dah berjaya berhenti merokok, walaupun merokok sej ...
tungkai replied at 7-9-2018 05:21 PM
Semalam aku beli ada naik 50 sen kat 7E katanya sebab SST. Bila aku tanya mana announcement/surat, d ...
ADVERTISEMENT