CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Misteri Penyakit Lidah Berbulu Hitam Dihidap Wanita Ini Akhirnya Terungkai

12-9-2018 12:43 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9431| Komen: 42|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Ini kisah sebenar yang berlaku kepada seorang wanita berusia 55 tahun dari Missouri, Amerika Syarikat dan dilaporkan dalam journal perubatan New England, Journal of Medicine (NEJM) Rabu lalu.



Kredit Foto: New England Journal of Medicine

Wanita itu pada mulanya dimasukkan ke dalam wad apabila kedua-dua kakinya cedera parah dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Apabila luka kakinya mengalami jangkitan kuman, doktor memberinya beberapa jenis antibiotik, tetapi seminggu kemudian sesuatu yang misteri berlaku kepadanya. 

Dia mula berasa pening-pening lalat selepas mengambil ubat, lidahnya terasa ganjil dan perlahan lahan berubah warna kegelapan seakan-akan ditumbuhi bulu halus berwarna kehitaman.



Kredit Foto: Buzzfeed

Dia kemudiannya dirujuk semula ke hospital dan dirawat oleh Dr Yasir Hamad dan pasukannya dari Washington University School of Medicine. 

Selepas beberapa ujian, doktor mengesahkan wanita itu diserang penyakit Black Hairy Tongue (Lidah Berbulu Hitam) atau nama saintifiknya, lingua villosa nigra.

 
Kredit Foto: Heathery

Doktor mengesahkan penyakit ini sebenarnya tidak berbahaya. Warna hitam di permukaan lidah bukanlah bulu, tetapi permukaan yang dicemari sisa makanan dan ditumbuhi bakteria, terang Dr Hamad. Lidah akan mula berwarna keputihan sebelum berubah kecoklatan dan bertukar kehitaman jika tidak dirawat. 

Walaupun punca utamanya kerana kurang menjaga kebersihan, dalam kes ini doktor mengesahkan wanita itu mendapat penyakitnya akibat kesan sampingan daripada sejenis antibiotik bernama Minocycline, sejenis ubat yang juga digunakan untuk merawat jerawat.

 
Kredit Foto: New England Journal of Medicine

Selepas ubatnya ditukar, penyakit lidah berbulu hitam wanita ini akhirnya sembuh. Jadi, jika anda tiba-tiba mendapati lidah anda bertukar kehitaman, jangan bimbang! Berjumpalah doktor (atau doktor gigi) untuk mendapatkan nasihat. - CARI
12

Bagus
10

Marah
24

Terkejut
11

Sedih
15

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 12-9-2018 12:49 PM
igkn dia...'meta human'.{:laugh
Quote Artemesiaa 12-9-2018 01:24 PM
Salah ubat rupanya nasib boleh pulih semula
Quote tumpanglalu74 12-9-2018 01:28 PM
Jumpalah @dodolgemokgila ..
Quote blinkmos 12-9-2018 01:31 PM
meremang tgk..
Quote abangadek 12-9-2018 01:32 PM
kalau tak sembuh lepas tukar ubat tu kena potong ke cemana
Quote matkpop 12-9-2018 01:38 PM
eeiii gelinya
Quote cha-cha 12-9-2018 01:55 PM
Ishh... terganggu aku
Quote kaki_jalan88 12-9-2018 02:00 PM
geli nak tengok tapi nk tengok lg
Quote lonso 12-9-2018 02:04 PM
boleh saman ke kalo kes mcm nih...
Quote precious_chicas 12-9-2018 02:39 PM
geli tengkuk tengok gambar tu
Quote chicozinn 12-9-2018 02:46 PM
ingatkan bulu betul tadi..kuss semangat
Quote sarahmirza 12-9-2018 03:00 PM
lonso replied at 12-9-2018 02:04 PM
boleh saman ke kalo kes mcm nih...

Ada unsur kecuaian ke?
Mungkin orang lain amik antibiotik yang sama takde kesan lidah hitam..
Tapi tetiba dia amik, dia terkena...

Quote dekmieDandy 12-9-2018 03:04 PM
bukanlar berbulu

jadi berkerak je
Quote lonso 12-9-2018 03:10 PM
sarahmirza replied at 12-9-2018 03:00 PM
Ada unsur kecuaian ke?
Mungkin orang lain amik antibiotik yang sama takde kesan lidah hitam..
Ta ...

mksdnya tak sesuai dengan dialah ye...
Quote sarahmirza 12-9-2018 03:18 PM
lonso replied at 12-9-2018 03:10 PM
mksdnya tak sesuai dengan dialah ye...

Iye la...
Kan biasa pergi klinik doktor tanya...
Ada alergik apa2 ubat tak?

Quote SweetShera 12-9-2018 03:39 PM
ni sebab tak jaga kebersihan ke sebab salah ubat?
Quote samasam90 12-9-2018 04:08 PM
lonso replied at 12-9-2018 06:04 AM
boleh saman ke kalo kes mcm nih...

Kalau hospital tu tak tanya dia ada allergik apa2, boleh saman la kot. Tapi selalu bila dah masuk ward, byk kali kena tanya ada allergik ke tidak, makanan, ubat-ubatan.
Quote samasam90 12-9-2018 04:09 PM
SweetShera replied at 12-9-2018 07:39 AM
ni sebab tak jaga kebersihan ke sebab salah ubat?

Tak jaga kebersihan.. tapi dia ne pula sebab allergik ubat jerawat tu..
Quote SweetShera 12-9-2018 04:24 PM
samasam90 replied at 12-9-2018 04:09 PM
Tak jaga kebersihan.. tapi dia ne pula sebab allergik ubat jerawat tu..

ok tq

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054969 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top