Amalan menabung sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk kita memupuk amalan menabung terutamanya pada zaman yang serba mencabar ini.
Keinginan untuk menabung sentiasa ada, tetapi sering tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.
Justeru, tidak hairanlah pelbagai teknik menabung dicipta dan diperkenalkan kepada orang ramai. Ada yang menabung mengikut warna duit kertas. Sebagai contoh, menyimpan setiap helai RM20 yang diterima. Ada juga yang menyimpan setiap helai RM5 yang diterima, bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ada yang mencadangkan untuk menyimpan RM1 pada 1 haribulan, RM2 pada 2 haribulan sehinggalah RM30 pada 30 haribulan. Ada juga yang mencadangkan untuk mengasingkan sejumlah wang pada setiap kali menerima gaji, agar konsisten dalam usaha untuk menabung. Ada juga yang menabung dengan cara mengumpul wang syiling. Terpulang kepada anda untuk memilih teknik yang anda selesa.
Hari ini, penulis ingin mencadangkan suatu teknik yang jarang digunakan. Teknik ini agak mudah, namun mendatangkan hasil yang tak dijangka. Teknik tersebut ialah mengumpul wang rosak atau lusuh. Penulis sudah mencubanya selama setengah tahun, dan hasilnya penulis mampu mengumpul RM289 tanpa sedar! Mungkin nilainya agak kecil, namun duit tetap duit. Sekecil manapun nilainya, ia tetap bernilai. Sejak enam bulan yang lepas, penulis sudah menyimpan wang kertas yang rosak. Penulis mengasingkan wang kertas yang telah diconteng, terkoyak dan lusuh (serta telah ditampal menggunakan pita pelekat). Pada awalnya, penulis hanya menyimpan atas dasar tidak mahu penerima seterusnya atau peniaga lain menerima wang rosak daripada penulis. Lama kelamaan, wang yang disimpan makin bertambah sehingga mencecah ratusan ringgit. Setelah mencapai nilai tertentu, wang ini bolehlah dibawa ke Bank Negara di Kuala Lumpur atau cawangan yang berhampiran untuk ditukarkan dengan yang baru. Cawangan Bank Negara ada di pelbagai negeri seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (boleh rujuk laman web www.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut). Caranya cukup mudah, hanya bawa wang yang rosak ke kaunter khas dan isi borang yang diberikan, tunggu sebentar dan setelah wang selesai dinilai, anda akan diberikan wang baharu. Tak perlu susah-susah tampal setiap wang ke atas kertas kosong seperti yang pernah diberitahu suatu masa dahulu. |
11
Bagus |
18
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
caca_eric replied at 16-9-2018 12:36 AM
Dulu dah simpan 20'. Last2 terpaksa guna. Sbb dah pokai sgt..
Ni kumpul blk.. sikit2.. br ada 200 ...
b_n_c replied at 16-9-2018 04:03 AM
saya simpan rm1..
niat asal untuk belanja anak sekolah...
chicozinn replied at 13-9-2018 11:04 PM
Sama r meollss pn kmpul rm5 n rm20 sbb amaun bsar skit. Tp tu la ble cucuk kat atm mada sume kua wet ...
Loh_83 replied at 16-9-2018 04:22 PM
saya pon simpan rm20.. asal dpt rm20 masuk tahung, simpan kat office.. every month kalau wthdraw dui ...
umbut replied at 16-9-2018 05:45 PM
Aku jenis dapat gaji lepas tolak penting terus masuk tabung haji.. susah sikit nak keluar, leh contr ...
Foxey replied at 18-9-2018 11:14 AM
Fox kalau dapat duit yang diconteng or sedikit koyak, akan gunakan untuk bayar parking.
ADVERTISEMENT