CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemandu Singapura Dipuji Berdisiplin? - Cuma Di Negaranya Sendiri

12-9-2018 04:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5141| Komen: 15|Original author: Oleh: Azza


Rentetan video seminit berkenaan tahap disiplin pemandu Singapura yang dirakam oleh Youtuber, Nas Daily ternyata mengguris hati ramai warga Malaysia, terutamanya jiran Singapura sendiri iaitu warga Johor Bahru.

Dalam video tersebut, selain memuji pemandu Singapura yang sentiasa memastikan tempat parkir mereka tersusun elok, Nas juga sempat mengkritik kereta yang memarkir secara haram yang terang-terangan menunjukkan ia adalah kereta dari Johor. Ternyata video ini sangat menjengkelkan kerana hanya jiran Singapura sahaja yang mengetahui bagaimana sikap pemandu mereka apabila keluar daripada jajahan disiplin tersebut.


Ternyata setelah video Nas Daily dimuat naik di media sosial, maka berduyun-duyun warga Malaysia mengambil gambar cara warga Singapura memarkir kereta mereka yang sangat berbeza dari video yang kononnya berdisiplin tersebut.

Kredit foto: Twitter



Ramai juga netizen menyatakan yang Nas sebenarnya menyimpan dendam kepada Malaysia kerana tidak dibenarkan masuk disebabkan dia adalah pemegang pasport Israel. Bagi segelintir netizen pula, perbuatan Nas sebenarnya lebih menjengkelkan kerana sanggup melaga-lagakan rakyat Singapura dan Malaysia demi kepentingannya sendiri.




Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut sahaja mengerti betapa seksanya berhadapan dengan pemandu Singapura yang seperti rusa masuk kampung apabila memandu di lebuh raya Malaysia. Maklumlah had laju lebuh raya di sana adalah 90km sejam berbanding 110km sejam di Malaysia. Ini mungkin antara faktor yang menyebabkan pemandu Singapura menjadi kurang ajar apabila masuk ke Malaysia.





"Memang setan perangai Singaporean, dekat highway main cucuk-cucuk bila jammed, guna emergency lane lagi, menyusahkan!"

Tidak hanya warga Johor, kebanyakan rakyat Malaysia memang menyampah apabila ternampak plat kereta Singapura di jalan. Maklumlah mereka cuma berdisiplin di negara sendiri tetapi membuat onar di negara orang yang tidak begitu ketat peraturannya. Tetapi dalam masa sama, ramai yang bersetuju bahawa kita perlu mengetatkan peraturan seperti di sana.





Kredit foto: Twitter




Kredit foto: Twitter

Walhal, kadar saman terbanyak di Malaysia, terutamanya di Johor Bahru datangnya daripada warga Singapura. Sebanyak 50,000 saman tertunggak berjumlah RM42 juta sejak tahun 2014 lagi.


Jadi, siapa yang sebenarnya tidak berdisiplin dalam hal ini? Warga Singapura yang tidak sedar diri atau Nas yang sengaja menimbulkan isu ini? - CARI 
13

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
5

Sedih
21

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 12-9-2018 04:50 PM
Sama la cam jepun kat negara dia memang baik di ibu pertiwi manjang ko jer accident..
Quote krustykrab 12-9-2018 05:14 PM
kesian mamat ni, dia taktau singapok hanya baik ketika di negara dia saja.
Quote Nana_Man 12-9-2018 06:21 PM
Aku nk ckp, kat negara sendiri pun ada org singapore yg bawak kereta mcm setan.
Quote pokaibanktokyo 13-9-2018 06:38 AM
Farking idiot israeli. Malaysians park like that in singapore as payback to how singaporeans park in johor
Quote pokaibanktokyo 13-9-2018 06:42 AM
krustykrab replied at 12-9-2018 09:14 AM
kesian mamat ni, dia taktau singapok hanya baik ketika di negara dia saja.

Biasalah. Jakun flat HDB sesekali sewa kereta untuk masuk malaysia
Quote pokaibanktokyo 13-9-2018 06:43 AM
Singaporean men are amahs on wheels
Quote Xixie 13-9-2018 01:30 PM
Nana_Man replied at 12-9-2018 06:21 PM
Aku nk ckp, kat negara sendiri pun ada org singapore yg bawak kereta mcm setan.

kita sokong saja
Quote Artemesiaa 13-9-2018 03:42 PM
Yang pasti kebanyakan mereka berubah sikap bila masuk sini
Quote drivethru 13-9-2018 06:53 PM
2 x 5 dengan rakyat malaysia.
Quote umbut 13-9-2018 07:30 PM
Singaporean dkt negara dia memanglah disiplin.. laju sikit kena saman.. parking pun x leh sebarang, saman.. parking rumah pun kena bayar.. tu yg turun malaysia lenjan mcm setan
Quote umbut 13-9-2018 07:31 PM
krustykrab replied at 12-9-2018 05:14 PM
kesian mamat ni, dia taktau singapok hanya baik ketika di negara dia saja.

Mamat ni saja nak provoke.. dia kan x leh masuk malaysia sebab pasport israel..
Quote hyie 14-9-2018 01:03 AM
kiasu uols...nothing new gittew
Quote lalolalo 14-9-2018 01:30 AM
Quote kisahkeaku 17-9-2018 11:13 AM
tp mmg pun.sape yg duduk jb  mmg pahamlah org spore merempit lepas dr imigresen tuas mcm pelesit .tu belum lg wiken pegi area tebrau atau bukit indah.kete dorg asal boleh je  park,masuk x bg signal.mcm rakyat malaysia je adabnya.cer pegi negara dorg,kemain jaga diri.
Quote botol_tritan 18-9-2018 10:51 AM
kisahkeaku replied at 17-9-2018 11:13 AM
tp mmg pun.sape yg duduk jb  mmg pahamlah org spore merempit lepas dr imigresen tuas mcm pelesit .tu ...

ye.. btl sgt. kat highway suka high beam org n buat perangai gengster. i pun bnyk kali terkena dgn diorg ni. sakit ati sgt. pastu time kita g singapore kita xde pun buang sampah merata2, sbb takut kena saman. diorg dtg sini, siap buang tin minuman dari dlm kete. gerammm btl i tgk sejenis yg mcmtu (n bkn semua singaporean, i must say).

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042688 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top