CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuih Bulan Dikatakan Sudah Halal

11-9-2013 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19808| Komen: 117



BUKIT MERTAJAM - Dengan sambutan festival bulan yang semakin hampir, Leong Yin Pastry Sdn Bhd, satu daripada pengeluar kuih bulan dan pastri terbesar negara memperkenalkan lebih 300 perisa bagi kuih bulan halalnya.


Pengarah Urusannya, Leong Kok Fei berkata, antara perisa baharu ialah Memory Delight, Honey Twinkle Amber, Farmer's Grown, Autumn's Divine Black dan Forest Cranberry.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak perisa dalam pasaran, ramai penggemar kuih bulan masih memilih perisa bermusim -- teratai, pandan, kelapa dan durian.

Leong berkata, syarikat itu yang dimulakan oleh ayahnya, Leong Seng Yoon, pada awalnya membuat kuih bulan untuk dijual hanya kepada rakan-rakan dan jiran.

"Kami memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam membuat kuih bulan dan kami menumpu menggunakan ramuan terbaik diimport. Kami menggunakan biji teratai dari Hunan, China dan kekacang dari AS untuk menghasilkan kuih bulan berkualiti," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Kuih bulan merupakan makanan istimewa tradisional kaum Cina semasa Festival Bulan yang jatuh pada 19 September tahun ini.

Beliau berkata, persaingan sengit dalam perniagaan kuih bulan telah memaksa syarikat itu menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang menarik dan unik.

Leong berkata, syarikatnya memiliki tujuh reka bentuk pembungkusan baru menggunakan bakul sebagai tema.

"Tradisi orang Cina bagi makanan biasanya sering dikaitkan dengan bakul di mana kebanyakan mereka akan meletakkan makanan mereka dalam bakul apabila melakukan perjalanan.

"Tahun ini, kami mengeluarkan kotak hadiah istimewa tiga lapis yang kelihatan seperti bakul mengisi enam kuih bulan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat itu juga menghasilkan 19 perisa kuih bulan vegetarian bagi penggemar yang peka dengan kesihatan.

"Pengguna hari ini peka dengan apa yang mereka makan dan diet vegetarian semakin popular," katanya.

Beliau berkata, pengguna tidak perlu bimbang dengan kualiti produk syarikat kerana barisan pengeluaran mereka telah memperoleh pelbagai persijilan antaranya, ISO 22000, Amalan Pembuatan Baik, Analisis Bahaya Kawalan Titik Kritikal dan Halal.

Kuih bulan Leong Yin boleh didapatkan di pasar raya utama di wilayah utara dan gedung membeli belah terpilih di seluruh negara. -  Bernama

7

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 11-9-2013 05:06 PM
i like kueh bulan...

dulu dulu couple dgnchinese guy compom akan dapat...pelbagai...

dari korea puna da gak...moon cake festival i memang suka..
Quote sueism 11-9-2013 05:09 PM
Aku bedal yg inti kacang hitam dengan kuaci hahahaha
Quote alepmama 11-9-2013 05:10 PM
aku suka yg ada isi apa ke tgh2
cari yg HALAL
Starbuck pun ada keluarkan yang versi halal dulu
skrg tak pasti
Quote dubuk 11-9-2013 05:17 PM
aku minat sangat makan kuih bulan
Quote dino 11-9-2013 05:20 PM
yg kat penang punya tak sedap
Quote khailya 11-9-2013 05:22 PM
sedap ke eh kuih bulan ni? aku igt2 lupe rase die ha..huhu
Quote SANKURIANG 11-9-2013 05:22 PM
Aku beli dan makan kuih bulan dari Baker's Cottage....2 kali aku beli...terbangla RM100....pelbagai perisa aku beli.....aku beli kat Jusco Cheras Selatan...adala aku nampak org Melayu lalu lalang tgk sinis aja kat kami anak beranak beli kuih bulan. Tertera la sijil Halal JAKIM....tu yg aku berani beli dan makan...SODAPPPPPPPP
Quote PostBanhammer 11-9-2013 05:23 PM
La sebelum ni tak halal ke? Aku kene sertu mulut kumur air tanah la ni?
Quote AbukRokok 11-9-2013 05:29 PM
itu xboleh ini xboleh ...apa yg boleh?
Quote PenjualAPAD 11-9-2013 05:32 PM
sodap sangat ker? demi perpaduan aku akan cuba beli
Quote nurfariezza 11-9-2013 05:33 PM
PostBanhammer posted on 11-9-2013 05:23 PM
La sebelum ni tak halal ke? Aku kene sertu mulut kumur air tanah la ni?

hahha...bole jgak...
nk lg afdal telan terus air tanah 2...
Quote Simunggu 11-9-2013 05:34 PM
ogata posted on 11-9-2013 05:06 PM
i like kueh bulan...

dulu dulu couple dgnchinese guy compom akan dapat...pelbagai...

dapat apa???
Quote PostBanhammer 11-9-2013 05:35 PM
nurfariezza posted on 11-9-2013 05:33 PM
hahha...bole jgak...
nk lg afdal telan terus air tanah 2...

Untuk santapan nurfariezza, abam sanggup je buat.
Quote hzln 11-9-2013 05:36 PM
nurfariezza posted on 11-9-2013 05:33 PM
hahha...bole jgak...
nk lg afdal telan terus air tanah 2...

air tanah lah yg paling berkhasiat sekali...byk zat mineral dlm tanah
Quote asher 11-9-2013 05:37 PM
entah la..halal pun x selera nak makan..
Quote zaliyana 11-9-2013 05:42 PM
sodapnyer kuih bln...ponah mkn perasa pandan...teratai..kuaci...yg inti kcg merah n kuning telo masin pn sodap...
Quote psychobubble 11-9-2013 05:44 PM
thn lps kampeni byk dpt kuih bln
smpi xabes mkn
manis sgt
Quote alladeen 11-9-2013 05:45 PM
dh try 2x..perisa kacang ngan pndan

tpi xleh masuk jugak...last masuk dlm bakul smpah
Quote salimrock 11-9-2013 05:49 PM
tau ke sejarah moon cake ni?

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052599 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top