Pelakon dan pelawak Noorkhiriah Ahmad Shapie sememangnya dikenali sebagai seorang pelakon serba boleh. Setiap watak yang dibawa olehnya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati setiap penonton drama lakonannya.
Mungkin kerana penampilannya yang sentiasa ringkas menyebabkan dia dilabel sebagai muka kampung dan tidak bergaya. Semalam, aktres kecil tetapi berbakat besar itu telah memuat naik gambar ke akaun Instagram miliknya di mana dia mengenakan solekan sedikit berat berbanding kebiasaannya dan turut mengenakan bulu mata palsu. Menurut Khiriah, dia sedar ada yang mengatakan memakai bulu mata palsu adalah haram di sisi agama, namun dia tetap memakainya kerana mahu kelihatan cantik.
"Ada yang mengatakan haram pakai eyelashes.. tapi akak pakai jugak. Sebab nak cantik lebih," tulis Khiriah pada ruangan kapsyen. Rata-rata pengikut nya di media sosial itu memuji kecantikan Khiriah sehingga ada yang tersilap dia dengan wanita berketurunan Arab. Wah! Ruangan komen gambar tersebut juga menjadi medan perbincangan mengenai hukum memakai bulu mata palsu. Ada yang menafikan yang ianya haram namun ada yang menjelaskan hukum sebenar memakai aksesori tersebut. Menurut penceramah bebas Syamsul Debat, pemakaian bulu mata palsu (pakai buang) adalah haram menurut pandangan ulama kerana menyerupai bulu mata yang asli. Namun, terdapat juga pandangan dari segi syarak yang membenarkan pemakaian bulu mata palsu ini sekiranya berniat untuk menghias diri untuk suami atau atas faktor kecacatan sehingga memaksa dia memakai bulu mata palsu. Bagaimanapun, sebaiknya kita jauhkan diri dari perbuatan yang syubhah atau dapatkan pandangan mereka yang lebih arif. -CARI
|
8
Bagus |
16
Marah |
10
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lazim replied at 13-9-2018 03:08 PM
Dia ni jenis yg merengsakan jgk bl follow ig. Itu nk nasihat ini nk nasihat. Tb2 gogok suppliment dr ...
red_velvet replied at 13-9-2018 04:28 PM
Perlu ke kak ecah buat caption sebegitu?
ADVERTISEMENT