CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tabur Nasi Dekat Air Terjun Kononnya Bagi Ikan Makan Sebenarnya Buat Ikan Sakit

14-9-2018 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7183| Komen: 21|Original author: Oleh: Azza




Pernahkah anda selepas berkelah atau berkhemah memberi makanan lebihan kepada ikan di sungai atau air terjun dengan alasan memberi mereka makan? Tahukah anda bahawa perbuatan ini sebenarnya mengganggu kehidupan mereka hingga menjejaskan keseluruhan ekosistem haiwan yang semakin terancam ini?

Bagi pencinta alam semulajadi, segala yang mengubah ekosistem alam akan menjejaskan kitaran haiwan dan itu adalah perbuatan keji yang harus dihentikan segera. Perbuatan pemuda di dalam video ini yang menabur nasi ke dalam air terjun dilihat sebagai tidak beretika sekaligus mencemar alam.

Kredit foto: Twitter




Namun, penjelasan tersebut tidak diterima oleh individu yang juga rakan kepada pemuda yang menabur nasi itu tadi. Eros juga sekali lagi menjelaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.




Kredit foto: Google


Menurut Eros, ia adalah ingatan kepada semua yang membacanya. Maklumlah tidak semua orang mengetahui bahawa memberi makanan sebegini akan menjejaskan ekosistem hidupan laut. Malahan perbuatan memberi roti kepada ikan juga sebenarnya boleh membuat ikan menjadi sembelit.

Bagaimanapun, Hannan tetap mempertahankan perbuatannya dengan menyatakan zat nasi adalah hampir sama dengan lumut yang menjadi makanan ikan. Lagi pula ia adalah ikan sangkar tetapi diletakkan di situ.




Bagi netizen yang mempunyai pengetahuan dalam hidupan laut pula menjelaskan yang habitat ikan herbivor akan memakan algae dan ini menyeimbangkan ekosistem laut. Tetapi apabila mereka diganggu diet, maka ia mendatangkan masalah kepada kesihatan ikan.


Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat ini kerana tidak semua orang yang belajar mengenai marin dan tahu itu adalah salah.



"Satu ja pantang larang bila masuk hutan atau sungai. Jangan tinggal apa-apa kecuali tapak kaki. Ia bukan setakat ganggu natural cycle tetapi sisa makanan luar boleh attract tikus datang yang boleh menyebabkan kencing tikus (lead lepto disease)."

Bergurau ada hadnya dan jangan pula bersikap bodoh sombong sampai tidak tahu membezakan mana benar dan salah.


Kredit foto: Google

Betul, tidak semua tahu mengenai habitat alam serta kesalahan memberi makanan kepada hidupan laut. Namun, setelah
penjelasan dibuat, kita haruslah mengambil iktibar dan cuba menyelamatkan alam sekitar sebaik mungkin. Usah jadi bodoh sombong dengan menegakkan benang basah pula. - CARI 
33

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
28

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 14-9-2018 12:09 PM
Filem si ikan kaloi salah satu sebab iolls feeling nak try buat dulu2 mcm nyah kat gambar di atas tu.
Quote nisako 14-9-2018 12:17 PM
bagi mkn ok le lagi yg buang sampah dlm sungai tu lagi la....
Quote BoongaKertas 14-9-2018 12:32 PM
jap, iols kasi ikan arwah atuk iols dulu nasi weh. tak boleh ke rupanya?
Quote Artemesiaa 14-9-2018 12:38 PM
Bagus nasihatnya tu nak2 sampah sarap tolonglah jangan tinggalkan sebegitu je boleh mengundang penyakit berbahaya seperti kencing tikus.  Sebab kealpaan sesetengah pihak orang lain tak dapat menikmati kawasan yang ada sebab bimbangkan kesihatan diri dan anak2.
Quote krustykrab 14-9-2018 12:54 PM
peringatan utk semua:

len kali nk buat benda bodoh, jgn rakam & share kat pelusuk dunia
Quote jebatmaspunyer 14-9-2018 01:29 PM
ikan y bela sendiri ko nak bagi makan apa, bagi jer lah sebab itu tanggungjawab ko kena make sure survival ikan tu.. tapi untuk hidupan liar, dorang dah ada sumber makanan sendiri especially kat habitat yang belum tercemar.. kita x boleh nak sesuka hati bagi makanan kat haiwan2 liar contohnya dalam kes ni ikan dalam sungai.. kita ingat kita sorang buat perasan yang pegi tempat tu kita jer lah.. imagine kalau ramai y x der kesedaran, pakat dok buang nasik & other foods dalam sungai, sikit2 lama2 x ke banyak nanti sisa makanan dalam sungai.. dah jadi over supply.. kot2 mengganggu ekosistem sungai tu.. dahlah makanan cam nasik tu bercampur ngan minyak la & bahan masakan lain.. so untuk langkah selamat jangan buang sisa makanan dalam sungai.. kalau x der tong sampah paling darurat pun tanam sisa2 makanan tu..
Quote chicozinn 14-9-2018 02:16 PM
krustykrab replied at 14-9-2018 12:54 PM
peringatan utk semua:

len kali nk buat benda bodoh, jgn rakam & share kat pelusuk dunia

SETUJU!!!
Quote slipar_jepon 14-9-2018 02:25 PM
aku penah pergi brunei, tukang bwk bot tu ada bwk tgk monyet yg hidung besar tu.
then dia x bagi kte bg makanan mcm pisang, or else..sebab taknak binatang ni harapkan org bwk makanan utk depa. aku rasa sama je konsep dgn yg si eros ni bgtau. sbb binatang ni sendiri akan cari makanan, makan daun2 dekat pokok. that's their natural ecosystem..
Quote saviour_09 14-9-2018 03:49 PM
ummah twiddeerrr ni memang mostly tak boleh accept opinion orang ke?
ada je corner sana sini
dah orang yg ada knowledge tu explain, ko dengar & hadam la
kesian
budak2 sekarang
Quote meteorspeed 14-9-2018 03:51 PM
Yg bergolek sakan depan jantan pesal..kemain gedik pompuan nie
Quote miemiecha 14-9-2018 04:48 PM
meteorspeed replied at 14-9-2018 03:51 PM
Yg bergolek sakan depan jantan pesal..kemain gedik pompuan nie

heshe pompuan ke??
mek mati2 hengat heshe satu team sapi sajat...
Quote meteorspeed 14-9-2018 04:48 PM
miemiecha replied at 14-9-2018 04:48 PM
heshe pompuan ke??
mek mati2 hengat heshe satu team sapi sajat...

iols tgk dia pakai tudung towel tue..ker iols silap
Quote miemiecha 14-9-2018 04:50 PM
meteorspeed replied at 14-9-2018 04:48 PM
iols tgk dia pakai tudung towel tue..ker iols silap

entah, mek kompius jugok..
adoi gigihlah kite dok speku jantan betina...
Quote nishikido 15-9-2018 09:57 AM
Halamak..I selalu bagi ikan makan roti kat tasik time2 jogging..tak terfikir lak akibat dia camni sebab suka tengok ikan2 tu makan..besar2 pulak tu.niat nak bagi mkan binatang je.adeii,camna ni..ke bende ni terpakai tuk binatang kat hutan2 je.. binatang duk bandar xpe kot.hihi..
Quote merrissa 17-9-2018 12:10 AM
macam bapok.....
Quote mizzmimi 17-9-2018 07:41 PM
Jantan kan tu? Cam vongok je buat aksi pastu gelak sampai terbaring2.

Sampahh
Quote teky 18-9-2018 01:23 PM
Double stended.. manusia2 yg potong pokok yg gali tanah dek bauksit ade yg menyalak.. ekosistem cacingn hidupan tanah terancam ade yg bising.. skop merempan kecik.. kenapa die x kaitkan ngan ikan2 yg duk dlm bandar.. yg duk dlm longkang or sngai klang..

Eh aku plak yg merempan..
Quote insulin 18-9-2018 01:30 PM
Apahal perempaun tu bergelek macam tu? Lapar jantan ke?
Quote amon_79 18-9-2018 05:39 PM
iols pernah ikut expedisi ngan team perhilitan.. lps masak dan makan  sisa2 makanan sprt tulang2 tu tu deme bagitau kena buang dlm air sungai/jeram tmpt kitaorg camp site tu... sbb nk elak binatang buas dtg selongkar selerak camp site kitaorg time tgh2 tido ... just nk share info...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.069595 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top