CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-gara Memiliki Perut 'Six Pack', Lelaki Terselamat Dari Digilis Trak 2 Tan

19-9-2018 04:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3084| Komen: 19

Memiliki perut berketul-ketul atau 'sixpack abdomen' merupakan idaman untuk kebanyakan lelaki di luar sana.

Tidak hanya pada lelaki sahaja, wanita pun ada juga yang memiliki keinginan yang sama untuk membentuk otot-otot tubuh terutama pada behagian perut.


Kredit foto: www.mstar.com.my

Namun, tanpa disedari seorang lelaki dari Norwich yang berusia 21 tahun terselamat daripada digilis sebuah trak 2 tan akibat memiliki perut berketul-ketul yang tegap.

Memetik laporan Mirror, kejadian mencemaskan itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Jack Moore itu sedang berjemur bersama teman wanita di Taman Earlham, Norwich.

Menurut Moore, dia hanya menyedari 'kehadiran' trak jenis Toyota Hilux itu apabila ia berada kira-kira satu kaki dari kepalanya dan tidak mempunyai masa untuk bertindak balas.


"Roda depan menggilis perut saya dalam keadaan sangat menyedihkan. Ia adalah perkara terakhir yang saya jangkakan akan berlaku, saya fikir disebabkan adrenalin saya tidak merasakan kesakitan dengan segera."

"Kemudian ia dipandu ke arah Vicky, berhenti di atasnya dan mula mengundur. Saya sempat keluar dari bawah trak sebelum ia menggilis saya lagi," katanya.

Pada masa itu orang ramai berkumpul dan menyuruhnya diam dan memberi tumpuan kepada pernafasan sehingga ambulans tiba.

Ketika di hospital, doktor memberitahu bahawa kecederaan itu mungkin lebih teruk jika bukan sebab gaya hidup sihat yang diamalkannya sebelum ini.

"Doktor kata saya bernasib baik kerana saya mempunyai lebih banyak otot jika tidak, saya mungkin akan mengalami kecederaan lebih teruk."

Selain mengalami kecederaan paru-paru dan hati, Moore menderita dengan PTSD dan tidak boleh menggunakan tandas dengan betul akibat kecederaannya.

Kredit foto: www.mstar.com.my

Manakala teman wanitanya,Vicky menderita patah tulang belakang dan tulang rusuk serta retak tulang sternum.

"Saya masih ingat ketika saya nampak roda di sebelah kanan saya dan melihat ia dipandu ke arah saya. Ia benar-benar traumatik."

Difahamkan, hasil siasatan pemandu trak itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman denda £195 dan dipecat.- CARI
26

Bagus
29

Marah
30

Terkejut
22

Sedih
38

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (174 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 19-9-2018 04:31 PM
kesiannya deols...
Quote Victorioussss 19-9-2018 04:33 PM
Peliknya potongan ceaser dia..
Quote armin 19-9-2018 04:44 PM
Lori tu kenapa pergi gilis orang? Dorg berjemur atas jalan ke?
Quote meisapoya 19-9-2018 04:47 PM
Nasib baik. Kalau i lah, dh penyek, isi perut terburai dah gamak nya...
Quote duri_durians 19-9-2018 05:08 PM
Difahamkan, hasil siasatan pemandu trak itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman denda £195 dan dipecat


biar betul itu je hukuman???
Quote kelapaparut 19-9-2018 05:11 PM
Hensemnye yg kene penyek tu @Bedah.Cun
Quote Foxey 19-9-2018 05:20 PM
Hukuman dia ringannya berbanding dengan kecederaan and trauma couple nih. Patut gilis dia balik. Dah kenapa tetiba datang and gilis perut orang ni kan
Quote insulin 19-9-2018 05:44 PM
Kasihan pada mangsa. Amat serius kecederaannya tu. Boleh pula denda tak sampai 200 pound pada pesalah tu.
Quote minguk 19-9-2018 05:47 PM
eh denda itu je?
Quote nishikido 19-9-2018 05:52 PM
Sikitnya denda..mohon mangsa proceed dengan saman.. sudahlah kena tanggung sakit,nak membuang pon dah xnormal..gf siap patah tulang belakang,kalau lumpuh camna..agak teruk kecederaan theyolls tapi tak dapat pembelaan sewajarnya..lainlah dorang saja bersidai kat tepi park kereta sengaja mintak digilis..
Quote Bedah.Cun 19-9-2018 06:06 PM
Kecut terus perut hanak hekan neh
Quote Suchi 19-9-2018 07:09 PM
Victorioussss replied at 19-9-2018 04:33 PM
Peliknya potongan ceaser dia..

Dulu2 sblm czer kat bikini line tu kat situ lah doktor bedah utk beranak czer.
Lebih perit proses penyembuhannya tu skrg masih digunakan juga utk kes tertentu, penah baca dr imelda balcin post kat fb ade kes baby yg ade ketumbuhan kat kepala kot so nak kuarkan dia drpd rahim mak dia kena bedah stail gitu.
Quote Victorioussss 19-9-2018 07:15 PM
Suchi replied at 19-9-2018 07:09 PM
Dulu2 sblm czer kat bikini line tu kat situ lah doktor bedah utk beranak czer.
Lebih perit proses ...

New knowledge to me! Tq kaka nnt i google pasal c section mcm ni. Mmg ceaser nmpk sakit pon..tgk je pun rasa perit

Mgkin i akan pertimbangkan untuk xpancut dalam wife i bile kawan lagi nnt sbb kesian tgk mcm ni. Huwaa
Quote Bedah.Cun 20-9-2018 10:32 AM
Ai mmg x bg hubby ai pancut dalam. Nak pancut kau pakai kondom yea. Klo pancut dalam xde kondom mmg ai ngamok, ai suh hubby ai tido luar dgn kucing ai, si Lily tue.
Quote supernaturalee 20-9-2018 11:43 AM
Bedah.Cun replied at 20-9-2018 10:32 AM
Ai mmg x bg hubby ai pancut dalam. Nak pancut kau pakai kondom yea. Klo pancut dalam xde kondom mmg  ...

amende kau merepek ni bedah



Quote Konahhh 21-9-2018 12:35 AM
Itu je hukumannya??
Quote rosasa 21-9-2018 07:45 AM
Bedah.Cun replied at 20-9-2018 10:32 AM
Ai mmg x bg hubby ai pancut dalam. Nak pancut kau pakai kondom yea. Klo pancut dalam xde kondom mmg  ...

ko dah kenapa bedah? salah tred ke
Quote Bedah.Cun 21-9-2018 07:49 AM
rosasa replied at 20-9-2018 11:45 AM
ko dah kenapa bedah? salah tred ke

Ai lupa nk quote pasal c section tue, yang. Au x bg hubby ai pancut dlm sb takut terberanak
Quote sukacactus 21-9-2018 08:17 AM
Driver trak tu apasal sampai langgar org
Dah la sampai 2 org

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071969 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top