Nampaknya lagu Bobo Di mana nyanyian usahawan kosmetik Dato' Aliff Syukri, Nur Sajat dan Lucinta benar-benar mendapat tentangan daripada netizen baik di Malaysia mahupun di Indonesia.
Apa yang membuatkan ramai marah bukanlah nyanyian, namun klip video yang agak kurang sesuai dipertontonkan kepada ramai. Semalam, pengacara Linda Onn mendapat kritikan daripada netizen gara-gara disalah anggap cuba mempromosikan lagu Bobo Di mana? Linda yang cuba mengupas isu pengusaha kecantikan yang terjun ke bidang nyanyian di salah satu slot yang dikendalikan olehnya di Kool.fm bagaimanapun sebaliknya dikecam kerana dilihat seolah-olah menyokong lagu nyanyian tiga sekawan tersebut.
"Pengusaha kecantikan rancak menyanyi. Kenapa? Anda suka tak?," tulisnya. Rata-rata memberi reaksi tidak suka dan menegur Linda untuk tidak memberi sokongan kepada mereka. Stesen radio mempromosikan lagu jijik... Klip video menjijikkan. Suara pun tak sedap... Menyedari salah faham yang berlaku, Linda menjelaskan bahawa Kool.fm tidak menyokong mahupun cuba untuk mempromosikan lagu tersebut namun sebaliknya mahu mengupas isu pengusaha kosmetik yang menceburi bidang nyanyian. Marah betul netizen kan. Stesen radio kena lebih peka dengan isu seperti ini dan perlu lebih berhati-hati. -CARI
|
18
Bagus |
23
Marah |
17
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT