"Jika Umno mengambil pendekatan kaum dan agama, Barisan Nasional akan dibubarkan atau MCA akan menolak Umno daripada gabungan itu."
Demikian amaran yang diberikan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Konvensyen MCA Selangor 2018 semalam. Kenyataan tersebut segera menarik perhatian Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Annuar Musa menganggap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai kerjasama UMNO dan Pas adalah berbentuk peribadi, dan bukan mewakili partinya. “Kenyataan itu seolah-olah beliau tidak kenal UMNO dan tidak tahu asas dan dasar UMNO, setelah duduk bersama hampir tujuh dekad.”
Selar Setiausaha Agung UMNO itu bahawa Presiden MCA itu masih berada dalam situasi hilang punca dan ‘pening lalat’ berikutan kekalahan teruk partinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, baru-baru ini. Manakala, memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS itu turut menyelar presiden MCA itu rasa terdesak kerana bimbang kehilangan sokongan orang Cina kepada DAP. "Dengan penuh hormat, bagi saya kenyataan presiden MCA bukan sahaja tidak realistik malah berupa takut kepada bayang-bayang sendiri." Setakat ini, pihak MCA masih belum memberi sebarang kenyataan balas berhubung isu tersebut.- CARI |
29
Bagus |
42
Marah |
51
Terkejut |
27
Sedih |
28
Lawak |
42
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT