Video cara Presiden Indonesia, Jokowi berdiri ketika menghormati lagu kebangsaan Indonesia Raya berkumandang menjadi tular dan diperdebatkan netizen republik itu berikutan ianya berlainan dengan cara biasa yang dilakukan orang awam.
Video itu dirakam di sebuah acara Komiti Pemulihan Umum (KPU) di Jakarta yang turut dihadiri ramai pemimpin ternama Indonesia termasuk Prabowo Subianto, Sandiaga Uno dan Ma'ruf Amin. Menerusi video itu, Jokowi tidak turut menyanyi bersama dan hanya berdiri tegak memberi hormat. Manakala, pemimpin lain kelihatan menyanyi bersama dengan mengepalkan tangan di sisi.
Kredit video: Youtube Perbezaan itu kemudiannya menjadi persoalan netizen: Bagaimanakah cara yang betul untuk berdiri menghormati lagu kebangsaan? Ada antara mereka bertanya langsung kepada Jokowi di twitter. Ada juga yang bertanyakan: 'Adakah Jokowi yang salah? Atau, adakah selama ini rakyat yang salah? Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang memetik Perlembagaan Indonesia Pasal 62 UU No. 24 Tahun 2019 tentang Bendera, Bahasa, dan Lambang Negara, serta Lagu Kebangsaan. Dalam petikan perlembagaan itu, dinyatakan bahawa 'semua yang mendengar lagu kebangsaan wajib berdiri tegak dengan sikap hormat, ibu jari menghadap ke depan, merapat paha serta pandangan lurus ke depan'. Kredit Foto: Twitter Oleh yang demikian, sudah pastilah cara berdiri Jokowi tidak menepati Perlembagaan negaranya sendiri. Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kedua-dua cara adalah betul, asalkan saling menghormati. Nampaknya, isu sekecil ini juga telah menjadi satu bahan utama pihak pembangkang untuk meremehkan pentadbiran Jokowi terutamanya menjelang pemilihan Presiden baru. - CARI
|
18
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 18-10-2018 01:23 PM
teringat mat sabu masa memeriksa barisan kehormat
Sang_Pencinta replied at 18-10-2018 01:30 PM
Mat Sabu pula lupa tabik hormat walaupun dah diberikan briefing
ADVERTISEMENT