Mayat seorang wanita yang hilang sejak 19 September lalu ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, petang semalam.
Berita Harian melaporkan, mangsa dipercayai dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun pada Rabu sebelum mayatnya dihumban ke dalam dalam tangki najis rumah mereka. Kira-kira jam 2 petang semalam, menantu mangsa menemuinya di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu sebelum menghubungi polis, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan. “Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya.
“Polis juga menjumpai senjata pisau di dalam tangki itu,” katanya. Suspek dilaporkan menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya. “Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui di sini, tadi. “Suspek yang diburu polis mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri,” katanya. Tambahnya, adik perempuan suspek yang tinggal bersama mangsa dan suspek berkata, kali terakhir ibunya dilihat ketika solat Subuh pada 19 September lalu sebelum kehilangannya. Difahamkan, suspek sering berkhayal dengan menghidu petrol. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan usaha mencari suspek giat dilakukan. - CARI
|
32
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
32
Sedih |
39
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT