Memetik laporan Berita Harian, Rabu lalu sebuah dron ditemukan tidak jauh dari bangunan kompleks Cawangan Khas, Bukit Aman. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, seorang pekerja kantin Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman menemukan dron tersebut pada pukul 8.30 pagi. Jelas Shaharuddin Abdullah, pekerja tersebut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada seorang pegawai polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan sebelum melaporkannya kepada pihak Polis Daerah Dang Wangi. “Pada masa ini siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti pemilik dron berkenaan sama ada warga Polis Diraja Malaysia atau orang luar."
"Penemuan dron ini masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 143(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.” Tambah Shaharuddin Abdullah, beliau meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan. Berdasarkan maklumat awal, dron berkenaan ditemui terlangkup atas tanah kawasan pekarangan kantin Bukit Aman yang terletak berhampiran kompleks Cawangan Khas.- CARI
|
40
Bagus |
30
Marah |
29
Terkejut |
35
Sedih |
32
Lawak |
34
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT