Nampaknya, skim pelaburan Big Data International Group atau BDIG masih lagi rancak beroperasi walaupun telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Julai lepas. Terbaru, skim ini telah melebarkan sayapnya ke negara jiran, Indonesia.
Menurut laman sesawang syarikat ini, mereka mendakwa terlibat dalam perniagaan bitcoin di mana mereka akan membeli mata wang bitcoin pada harga murah dan menjual semula pada harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Syarikat ini mendakwa dapat memberikan keuntungan berganda-ganda dalam mata wang asing (ASD) dan membuka peluang kepada orang ramai untuk melabur dengan pulangan 100 peratus dalam masa 100 hari sahaja.
Skim ini bagaimanapun tidak mendapat kebenaran BNM dan didapati beroperasi tanpa lesen. Pada 11 Julai tahun ini, BNM telah menyenaraikan BDIG sebagai salah satu perniagaan haram. Senarai terkini yang memuatkan BDIG dan banyak lagi skim haram lain boleh disemak di laman rasmi BNM. Untuk pertanyaan, BNMTELELINK boleh dihubungi di: BNMTELELINK, Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur, Tel: 1-300-88-5465 (LINK), Faks: 03-2174 1515, E-mel: [email protected], Waktu urusan BNMLINK dan BNMTELELINK:, Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang Pelabur dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan nasihat daripada BNM Telelink sebelum menyertai mana-mana skim yang meragukan. - CARI
|
5
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Sang_Pencinta replied at 26-12-2018 11:18 AM
Sekarang dah nak rebranding nama baru kan?
ADVERTISEMENT