Parti Keadilan Rakyat, PKR mengambil keputusan memecat keanggotaan dua ahlinya yang didakwa mencetuskan insiden kekecohan pada proses pemilihan Sabtu lalu di Kedah dan Pulau Pinang.
Berita Harian melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR semalam. Jelas Datuk Seri Anwar, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi. “Ada beberapa pelanggaran disiplin. Ada yang lebih teruk berlaku apabila terdapat dua kes yang telah diteliti Biro Politik PKR berdasarkan foto dan rakaman pertama di Merbok." "Pergaduhan yang guna senjata, kita ambil keputusan segera iaitu pecat serta merta anggota parti."
“Begitu juga satu lagi kejadian di Seberang Jaya, di mana kerusi dibaling kita kenal pasti namanya orang berkenaan automatik terpecat mulai sekarang, dua orang dipecat setakat ini." Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan, pemilihan PKR di Pulau Pinang diterima manakala di Kedah keputusan akan ditangguh sehingga selewat-lewatnya November. Rentetan kekecohan itu, polis turut menahan reman 13 lelaki selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pergaduhan ketika pemilihan PKR Cabang Merbok.- CARI |
20
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
38
Sedih |
18
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT