Sepasang penagih dadah dihukum penjara selepas mengaku bersalah membelasah seorang lelaki yang cuba mengeluarkan bekas coklat 'Kinder Surprise' yang mengandungi dadah jenis heroin dari dalam kemaluan salah seorang daripadanya.
Memetik METRO, pasangan Jodine Harvey, 38, dan Steven Brown, 40, kemudian mengurung mangsa selama 36 jam di kediamannya sendiri di St Austell, Cornwall, United Kingdom. Selain mengurung Vincent Rutter, 56, pasangan itu turut membelasahnya menyebabkan 17 tulang rusuknya patah hingga tertusuk paru-parunya serta mencederakan limpanya. Difahamkan, pada Disember lalu, ketiga-tiga mereka tertidur di kediaman mangsa selepas seharian mengambil heroin.
Bagaimanapun, Jodine kemudian terjaga sebaik saja mendapati Rutter sedang mencuba mengeluarkan bekas coklat yang mengandungi bekalan heroin dari kemaluan wanita terbabit. Jeritan Jodine membangunkan pasangannya sebelum pasangan yang masih di bawah pengaruh dadah itu bertindak membelasah mangsa. Brown kemudian mengaku bersalah kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa dengan niat dan dihukum penjara tiga tahun. Manakala, Mahkamah Truro Crown memerintahkan Jodine dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan. Menurut fakta kes, mangsa kemudian berjaya melarikan diri selepas kedua-dua tertuduh tertidur. Hakim Simon Carr berkata, tindakan Rutter tidak dianggap sebagai serangan seksual, sebaliknya ia hanya tindakan seseorang yang berada di bawah pengaruh dadah dan terdesak untuk mendapatkan bekalan. Sementara itu, sahabat Rutter ketika memberi kenyataan berkata, dia berasa khuatir apabila pasangan penagih dadah itu sering mengunjungi rumah mangsa. - CARI
|
42
Bagus |
21
Marah |
37
Terkejut |
24
Sedih |
27
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT