Hujung minggu lalu kemunculan Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar ketika sambutan ulang tahun Amanah menarik perhatian pihak media dan menimbulkan tanda tanya penyertaan beliau dalam parti berkenaan.
Susulan itu, bekas menteri dan ahli politik veteran Umno itu tampil menjelaskan dirinya telah lama menyertai Bersatu dan kini dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pemilih parti yang diasaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu. Sinar Harian melaporkan, beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media berkaitan Konvensyen Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Krisis Rohingya di ibu negara semalam. Menurut Syed Hamid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), borang keahliannya telah diserahkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas beliau meninggalkan Umno Jun lalu.
Jelas beliau, Umno ditinggalkan kerana beliau tidak mampu lagi berpura-pura seolah-olah parti itu baik-baik saja namun hakikatnya tidak begitu. “Saya juga tidak pernah terfikir sebelum ini untuk meninggalkan Umno, parti yang ‘melahirkan’ saya namun perjuangannya tidak sama lagi." Kesal beliau, kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah.- CARI
|
22
Bagus |
21
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT