CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Netizen Mahu Host Pelawak Pencen, Puji Sherry Alhadad Sebab Tak Bahankan Orang Lain

26-9-2018 03:19 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20287| Komen: 132|Original author: Oleh: Azza




Dengan berakhirnya program Big Stage (BS), maka berakhir jualah keletah pasangan pengacara yang dinobatkan sangat serasi ini iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar. Selama 8 minggu mereka menceriakan penonton dengan gurauan yang dianggap fresh, menyenangkan telinga mendengar dan paling penting tidak menyakitkan hati orang lain dengan pickup line tersendiri.

Bagi netizen, ini adalah pembaharuan yang sangat ditunggu-tunggu setelah banyak program di kaca televisyen terutamanya Astro menjadikan pelawak sebagai hos, maka kehadiran Sherry dan Alif adalah penyelamat kepada lawak merapu dan body shaming. Malahan, ramai yang mengharapkan pasangan ini menggantikan hos Gegar Vaganza 5 yang akan bersiaran minggu ini.


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: IG

"Ini bukan bibir, ini cinta."
"RM25 pun boleh."

Ternyata dialog yang dituturkan oleh Sherry sama ada spontan atau pun telah dirancang sangat menghiburkan penonton bagi episod finale ini. Malahan bagi yang tidak pernah mengenali Sherry pun sanggup mengundinya bagi pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 ini. 




Tidak lupa momen ketika Mas Idayu mahu memberi komen ke atas persembahan Baby Shima, sekali lagi Sherry membuat lawak dengan menjadikan adegan sinetron iaitu Ibu peri sebagai throwback.




"Mohon pelawak yang suka buat lawak bermodalkan body shaming pencen sebab ia dah tak relevan."

Apa yang pasti, penonton sudah bijak menilai, mereka tidak mahu lagi dimomokkan dengan lawak merapu serta membahankan bentuk fizikal orang lain sebagai satu kelucuan. Hinggakan ada yang meminta hos pelawak tidak mengacara lagi.





Pasangan pengacara serasi - Twitter

Dimensi baru dalam dunia hos dan pengacaraan apabila Alif dan Sherry diangkat antara individu yang berjaya memeriahkan suasana tanpa mempergunakan orang lain. Bagi netizen, hos tidak perlu terpekik hingga membingitkan telinga namun sebenarnya tiada apa pun isi yang berkualiti. Semoga Alif dan Sherry akan mendapat banyak lagi peluang menyinarkan bakat mereka. - CARI 
15

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sayawanieta 26-9-2018 03:24 PM
Setuju dgn artikel ni. Lawak bersahaja tapi paduuuu
Quote pavlovachoc 26-9-2018 03:25 PM
klu gv ni pengacara nya alif dan sherry kan best
Quote potpetpotpet 26-9-2018 03:30 PM
Both alif and sherry i suka.
I bosan dgn konon pelawak yg diangkat jadi hos.  Dah la suka body shaming orang lain, pastu atas pentas suka buat memek muka bodoh2. Rasa nak baling je remote tv ni.
Quote takayama 26-9-2018 03:32 PM
nampak dua pasangan pengacara yg serasi
Quote chazey 26-9-2018 03:41 PM
potpetpotpet replied at 26-9-2018 03:30 PM
Both alif and sherry i suka.
I bosan dgn konon pelawak yg diangkat jadi hos.  Dah la suka body sha ...

Jelas nampak perbedaan budak kelas depan dan kelas belakang kan?
Quote Burong_Hantuk 26-9-2018 03:42 PM
hajah birah zouk bila nak pencen dari mengacara?
Quote Reesa18 26-9-2018 03:57 PM
Pernah tgk dia belakon dkt tv best jugak.. very talented
Quote Kenabertaubat 26-9-2018 04:03 PM
Part FT cakap "ni Sherry Tan".. Sherry tanya "berapa tan?".. Terus tersembur air aku. Lawak gila. Alif pun gelak besar masa tu. Serius lawak

Quote edoraixora 26-9-2018 04:03 PM
Reesa18 replied at 26-9-2018 03:57 PM
Pernah tgk dia belakon dkt tv best jugak.. very talented

aku mula kenal dia dlm drama misiku kuza, jadi nurse sister yg tegas tapi kelakor, dgn si zulin tu

Quote sinalegna 26-9-2018 04:05 PM
Sherry dah kuwus sket..
Quote chentadearhati 26-9-2018 04:06 PM
Reesa18: Pernah tgk dia belakon dkt tv best jugak.. very talented

Cerita sutun dia asa belakon..yg nk kawen dgn abg Talib Tu.. kalau ingat lar
Quote chinta89 26-9-2018 04:16 PM
dulu2 org suka lawak bodoh. lama2 org naik meluat.
Quote EvieWanKenobi 26-9-2018 04:22 PM
congrats Sherry.. semoga Sherry terus bersinar..
Quote gerbera.memopad 26-9-2018 04:23 PM
Lawanya Sherry . Fashion selalu onpoint, kena dgn bentuk badan . Love ya
Quote jargon 26-9-2018 04:25 PM
Sherry ni sama level dah gn alip...host yg ekslusif...tutur kata sebijik2 jelas,professional...ssuai klau jd host mjlis korporat...dia ada class trsendiri...zulin?jihan jongos???whoarwyus...
Quote solarlunar 26-9-2018 04:25 PM
chentadearhati replied at 26-9-2018 04:06 PM
Cerita sutun dia asa belakon..yg nk kawen dgn abg Talib Tu.. kalau ingat lar

Yg ade org nk ngorat die sbb ingt die doktor sbb bwk coat. Pdhal die keje kilang. Scene kt bas stop.
Quote chillipepper 26-9-2018 04:27 PM
suka dia ni hosting!!!
Quote hijau88 26-9-2018 04:29 PM
Cuba la host ABPBH31 tu ditukar ngan dorg ni.
Quote qis_88 26-9-2018 04:31 PM
Sherry.. mcmana die dlm tv gelak2.. mcmtuh jugak die kt luar.. aku selaku kwn die bangga die pndi bawak diri dlm bidang nih.. hahahah.. korang bayang laaa.. cmne aku p sek dulu.. jalan kaki dgn sherry nih.. gelakkkk aje.. pedih rahang aku weh.. kikiki

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.046232 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top