Satu kajian mengenai Autisme di kalangan masyarakat Sweden merumuskan bahawa separuh dari risiko Autisme berpunca dari genetik, manakala separuh lagi berpunca dari faktor-faktor persekitaran. Rumusan ini telah menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan pakar Autisme.
Menurut Spectrum, pihak media telah melakukan tafsiran yang kurang tepat kepada rumusan kajian tersebut. Secara verbatim, para penyelidik hanya menyimpulkan bahawa, "Faktor-faktor genetik menjelaskan separuh daripada risiko Autisme". Apakah sebenarnya 'faktor-faktor persekitaran' dalam Autisme? Memetik majalah Slate, istilah ini digunakan oleh para saintis untuk merujuk kepada apa sahaja faktor yang bukan berpunca secara langsung dari jujukan DNA.
Menurutnya lagi, sejumlah besar kajian sejak sedekad yang lalu telah menyenaraikan pelbagai faktor yang terlalu berbeza. Antaranya vitamin seperti asid folik, kemurungan ketika kehamilan dan pengambilan ubat anti-kemurungan, kelahiran pra-matang, kelahiran Cesarean, usia ibu bapa yang sudah lanjut, ibu bapa yang mengalami obesiti dan pendedahan kepada ejen-ejen seperti bahan kimia yang mengganggu endokrin, pencemaran udara dan penggunaan racun serangga. Malah, ada kajian yang mencadangkan bahawa anak kedua yang lahir terlalu awal atau terlalu lambat selepas saudara sulungnya memiliki peningkatan risiko Autisme. Secara umumnya, para saintis bersetuju bahawa gabungan genetik dan faktor persekitaran menyebabkan Autisme. Namun, mereka berbeza pendapat dalam menentukan secara tepat apakah faktor-faktor persekitaran terlibat. Walau bagaimanapun, satu faktor telah lama diketahui, iaitu jangkitan yang berlaku ketika kehamilan. Sekitar tahun 1960 sehingga 1970, indikasi awal diperoleh apabila beberapa doktor telah menemui peningkatan kadar Autisme yang amat tinggi di kalangan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang dijangkiti virus Rubella ketika hamil.
Selama beberapa dekad, teori ini sukar dibuktikan. Kemudian, satu kajian yang menggunakan data dari rekod sistem perubatan Sweden menunjukkan wanita yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan ketika hamil mengalami peningkatan risiko sebanyak 37 peratus untuk melahirkan anak Autisme. Keputusannya agak meyakinkan kerana ia turut mengambil kira maklumat diagnosis Autisme anak yang telah dilahirkan. Setakat ini, maklumat kajian ini masih sedang diperhalusi. Contohnya, terdapat kajian berbeza terhadap jangkitan viral dan jangkitan bakteria. Selain itu, perbezaan pendapat berlaku mengenai waktu berlakunya gangguan ke atas fetus. Namun, mereka sepakat dalam mengatakan bahawa faktor ini wujud. Pengarah Institut Autisme Drexel A.J. di Drexel University, Philadelphia Craig Newschaffer berkata, "Cabaran yang besar dihadapi dari segi pengukuran faktor-faktor non-genetik (persekitaran). Pencarian gen yang menyebabkan Autisme boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sampel darah. Malangnya, pengimbasan sampel darah tidak berupaya memberikan maklumat lengkap berkenaan faktor persekitaran yang telah terdedah kepada subjek". Selain itu, kajian sebegini menelan kos dan waktu yang amat tinggi. Contohnya, sebuah kajian yang sedang berjalan memantau sekumpulan wanita hamil dengan mencatatkan faktor-faktor persekitaran yang telah terdedah kepada mereka (dan bayi selepas dilahirkan). Seterusnya, pemantauan diteruskan untuk mengenalpasti anak-anak dari kumpulan tersebut yang didiagnos memiliki Autisme. Kajian seumpamanya dianjurkan oleh Institut Kesihatan Awam Norway bersama-sama Universiti Colombia. Ia mengumpulkan beribu-ribu wanita hamil dan telah berjaya mengenalpasti beratus-ratus kanak-kanak yang memiliki Autisme. Disebabkan cabaran-cabaran sebegini, para penyelidik Autisme sukar mencapai kata sepakat dalam menentukan faktor-faktor persekitaran yang terlibat. Namun ini tidak menghalang mereka dari berterusan meneroka faktor-faktor persekitaran yang baru, dengan harapan agar ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas. - CARI
|
bawangkecik replied at 23-10-2018 11:20 AM
autisme ni bila dah besar baru boleh detect kan. takut betul kena dekat anak aku. yihhhh
astatine replied at 26-11-2018 12:56 PM
Tak semestinya. Sebab tu ada saringan M-Chart oleh klinik kerajaan untuk bayi ikut umur.
Anak say ...
fidra replied at 26-11-2018 01:02 PM
High Functining Autism tu cane? Aku ada gak cousin punya adik. Umur dah 15. Autistik. Kuat makan. ...
astatine replied at 26-11-2018 01:24 PM
High Function Autism ni tak nampak beza dengan orang biasa. Beza dia dari segi komunikasi. Dia tak ...
Maniaso replied at 26-11-2018 03:59 PM
Saya rasa kanak-kanak autistik perlu ada persahabatan keluarga, ibu dan bapa perlu jadilah character ...
msamyrazi replied at 27-11-2018 10:49 AM
sepupu i ada autisme . boy , umur 16 tahun. masa dia baby , dia suka sangat hantuk kepala dia kat la ...
fidra replied at 27-11-2018 05:39 PM
Sygnya dia tak lepas. Bakat tu. Sekarang dia mcm mana pulak? Ada lg ke selfharm mcm masa kecik2 dl ...
trinne replied at 27-11-2018 09:25 PM
Anak saya sejak berusia 2 tahun telah didiagnosis autistic, dia tidak mampu menjawab soalan...
Doct ...
trinne replied at 28-11-2018 10:25 AM
Anak saya sejak berusia 2 tahun telah didiagnosis autistic, dia tidak mampu menjawab soalan...
Doct ...
kakakyee replied at 27-11-2018 05:49 PM
Bagi pendapat saya, anak-anak autistic elok pergi sekolah atau sesi terapi yang bersesuaian dgn dior ...
AznieBunnie replied at 28-11-2018 03:19 PM
spent 10-15 minit jer dgn dia setiap hari. one-on-one.
bg dia pencil, pensil warna, crayon, oil p ...
ADVERTISEMENT