Biasanya donat berbentuk bulat. Tak kira donut Big Apple mahupun Dunkin Donut, biasanya ia berbentuk bulat dan disirami topping yang menarik.
Berlainan pula dengan donat yang disediakan oleh saudari Fitri Afiana ini, beliau membuat donut yang berbentuk seperti peha ayam yang disaluti coklat dan taburan coklat chips. Jom cuba resipi donat peha ayam Bahan: 100 gram kentang, direbus 50 gram gula halus 6 gram yis 50 gram susu 2 biji kuning telur 50 ml air 40 gram butter Glaze coklat untuk topping Choc rice secukupnya Minyak untuk menggoreng Lidi sate
Cara buat: 1. Blender kentang rebus dan air sampai halus dan asingkan. 2. Ayak tepung, gula halus, susu tepung, dan yis. Campur rata kesemuanya. 3. Masukkan adunan kentang di atas dan kuning telur, mixer dengan kelajuan rendah menggunakan mata spiral. 4. Tambahkan butter dan teruskan memutar sehingga menjadi doh. 5. Rehatkan doh adunan selama 30 minit sambil ditutup plastik wrap. 6. Bahagikan adunan menjadi kecil (sekitar 42 gram). Bulatkan dan tutup dengan kertas roti. 7. Rehatkan kembali adunan selama 10-20 minit. 8. Panaskan minyak dengan api kecil. 9. Ambil adunan donat. Bentukkan adunan yang kecil tadi menjadi seperti paha ayam dan cucuk dengan lidi sate. 10. Goreng donat sampai masak. 11. Setelah sejuk, celupkan donat dalam coklat glaze dan taburkan coklat rice. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba! - CARI Kredit : ResepKita
|
22
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
16
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT