CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sumbat Cili Dalam Mulut Budak Sampai Mati, Netizen Tak Puas Hati Pengasuh Cuma Dipenjara 18 Bulan

1-10-2018 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9595| Komen: 92|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang budak lelaki berusia dua tahun enam bulan maut selepas pengasuh memasukkan cili ke dalam mulutnya. 

Asmarani Ghazali, 39, yang merupakan ibu kepada tiga anak dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais mengiku Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.


Asmarani Ghazali, Foto: Utusan Online
Utusan Online melaporkan, tertuduh didakwa menganiaya Muhammad Afif Ka-marol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut di sini antara pukul 9.30 pagi dan pukul 10 pagi, 13 Jun lepas.


Menurut sumber lagi, Muhammad Afif Kamarol Azli sedang sakit pada pagi 13 Jun dan tidak berhenti merengek walaupun telah dipujuk oleh tertuduh.

Muhammad Afif Kamarol Azli, Foto: Utusan Online
Tertuduh kemudian mengambil cili hijau daripada peti sejuk, mematahkannya dua dan memasukkan cili hijau itu ke mulut kanak-kanak berkenaan untuk membuatkan budak itu berhenti merengek.

Peguam tertuduh, Datuk Hanif Hassan memohon hukuman yang ringan atas alasan anak guamnya telah menjaga mangsa sejak berusia lima bulan.

Susulan kes ini, ramai netizen yang menyuarakan rasa marah dengan hukuman yang dikenakan terhadap pengasuh tersebut.

Ada kalangan mereka yang menganggap ada kesalahan ringan yang lain tapi dikenakan hukuman berat.

Antara komennya, "Nilai kehidupan seorang kanak-kanak hanya selama 18 bulan penjara????!!! 

"Ibu bapanya akan merana sepanjang hayat mereka dan pembunuh itu hanya akan dipenjara selama 18 bulan?"

Seorang pengguna Facebook berkata, "Ia sepatutnya dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan khidmat masyarakat selama 10 tahun. 

"Sekurang-kurangnya perkara ini akan memberi peluang kepada dirinya untuk menebus kesalahan dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat."

Hargeet Dhillion pula berkata: "Hanya 18 bulan penjara untuk mengambil nyawa seorang kanak-kanak.. sangat tidak adil." -CARI
8

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 29-9-2018 10:42 AM
Edited by krustykrab at 29-9-2018 10:44 AM

Andartu ke? Tp baca kat artikel tu katanya ada husband dan anak

Upon noticing that he was having breathing difficulties, Asmarani, accompanied by her husband and one of her own children, rushed the boy to two clinics.
Quote tumpanglalu74 29-9-2018 10:44 AM
The mother of three was then slapped with an alternative charge under Section 31(1)(a) of the Child Act, read together with Section 31(5)(b), which provides a jail term of up to 20 years or a fine of up to RM50,000 upon conviction.

Quote zeed 29-9-2018 10:50 AM
Gila! Kalau senang marah tak payah la jaga baby. Apa lagi anak orang. Perlu kesabaran tinggi.
Quote Changa 29-9-2018 10:53 AM
18 bulan jah bunuh bayi???
worth it la kot untuk bunuh bayi di ibu pertiwi ini, nyawa bayi macam binatang jah.
silap haribulan yang bunuh kucing lagi lama jel nya nanti
Quote krustykrab 29-9-2018 10:58 AM
tumpanglalu74 replied at 29-9-2018 10:44 AM
The mother of three was then slapped with an alternative charge under Section 31(1)(a) of the Child  ...

Kemain ko tadi ye hina andartu lol...len kali baca isi jugak, ini baca tajuk tak betul terus ko attack andartu lol

Mintak mahap cepat kat andartu
Quote samasam90 29-9-2018 10:59 AM
mmakcik kepam mana ne? bertabah lah anaknya kena sindir disebabkan kepepamam maknye.. badan kepam, otak pun kepam.
Quote samasam90 29-9-2018 10:59 AM
mmakcik kepam mana ne? bertabah lah anaknya kena sindir disebabkan kepepamam maknye.. badan kepam, otak pun kepam.
Quote awanearisu 29-9-2018 11:01 AM
Tak sangkanya pengasuh segila ini. Memang tidak berfikir panjang ya
Quote misc 29-9-2018 11:05 AM

"Defence counsel Datuk Hanif Hassan sought a lighter sentence, saying that the accused had saved the court’s time by pleading guilty to the alternative charge.

“The accused had no knowledge that the boy had swallowed the chilli. This was an accident and she is remorseful,” he said."

******

so terlepas 302 sebab pesalah memudahkan kerja court pastu terima je pompuan tu ckp dia tak tahu baby boy tu tertelan cili???? eh nyawa hilang tu mcm mana?
Quote jahcomel 29-9-2018 11:16 AM
18 bln je...apa punye Hakim y datin rozita Dera bibik tu bkn main lg demo suh hukuman pnjara dpnjangkn lg, ni nyawa Manusia wlpn baby tp mnusia...Sila brdemo nih kes bunuh Wei...Hakim Nih Sila letak jawatan. Aku harap makbapak Nih saman Hakim Nih.
Quote imthegirl 29-9-2018 11:21 AM
Tambah jail term jadi 20tahun pon acik ni kena 18 bulan je
Quote matkpop 29-9-2018 11:50 AM
jahatnya perangai. sumbat cili tu
Quote moonbug 29-9-2018 12:03 PM
18 bulan je jail? Org tu hilang nyawa anak, robbed of happiness for the rest of their lives kot. Dahla 2 hari before raya. Trauma satu family sampai bila-bila tak hilang. Acik kepam tu lepas setahun lebih makan free dah boleh move on aman-aman je. Insane
Quote EvieWanKenobi 29-9-2018 12:03 PM
dah selalu agaknya budak tu disumbat cili api..
Quote umbut 29-9-2018 12:04 PM
Jg budak sebab nak duit.. x ikhlas.. aniaya anak org
Quote shernazz 29-9-2018 12:08 PM
Gila lah..
Uols yang nak.htr.anK.ke oengasuh..elok la.time.sehat..
Time sakit amek la.leave ke apa..
Bukannapa..pengasuh gila gini buatnya x sabor..melayang nyawa.anak.oii
Kalau taska xpe.juga sebab ada.pekerja...
Quote Foxey 29-9-2018 12:09 PM
18 months je? But a baby is dead because of her cruel action!
Quote Sazida 29-9-2018 12:32 PM
18 bulan ? Pejam celik sekejap je. Bodohnya la jatuhkan hukuman pun
Quote chazey 29-9-2018 01:37 PM
Baby sitter born Moslem tanah Malaya ini kalau tak bunoh anak orang tak sah.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.050732 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top