Ambil perhatian buat penduduk di Lembah Klang. Mulai 9 Oktober ini, beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air selama 30 hingga 72 jam.
Memetik laporan Bernama, ini berikutan pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada 9 Oktober, maka loji tersebut perlu dihentikan sepenuhnya. Difahamkan, gangguan bekalan air bermula dari 9 Oktober jam 9 pagi sehingga keesokan hari iaitu 10 Oktober jam 3 petang bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat. Bagaimanapun pemulihan bekalan air sepenuhnya adalah pada 12 Oktober jam 9 pagi.
Menurut Syabas, sebanyak 10 lori tangki air yang bersaiz besar, 62 lori tangki air yang bersaiz biasa dan 80 tangki air yang tetap akan ditempatkan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air. Selain itu, tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam bermula 9 pagi pada 9 Oktober ini untuk sebarang pertanyaan pelanggan. Pengguna di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 9 Oktober ini. Layari laman web rasmi Syabas iaitu www.syabas.com.my untuk mengetahui lebih lanjut berhubung kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.- CARI |
14
Bagus |
21
Marah |
22
Terkejut |
30
Sedih |
23
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT