CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bercerai Dengan Suami, Lima Anak Kelaparan Makan Nasi Lauk Garam

2-10-2018 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7152| Komen: 71|Original author: Oleh: Myra Rozi

Sejak berpisah dengan suami lima bulan lepas, lima anak-anaknya terpaksa berlapar kerana ketiadaan wang untuk membeli makanan.

Ada masanya Rosmawati Mohamed Saeid, 37, dan anak-anak makan nasi hanya berlaukkan garam sahaja.


Anak ketiganya pula merupakan orang kurang upaya (OKU) dan penghidap penyakit jantung.

Foto: Sinar Online
Sinar Online melaporkan, Rosmawati berhenti kerja sebagai tukang masak di sekolah tahfiz di Bota Kiri untuk menguruskan anak ketiganya,  Muhammad Jihadi Mohamad Sallehuddin, 7.

"Masa itu saya ada la juga duit untuk belanja anak-anak serta beli barang rumah, tetapi bila berhenti saya hilang punca pendapatan lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan suami.


“Pernah beberapa kali saya masak nasi kemudian blend dengan air bagi buat bubur bagi kami enam beranak makan dan menitis air mata saya lihat anak-anak makan dengan selera kerana terlalu lapar."

Foto: Sinar Online
Dia kemudiannya kembali bekerja dengan menjual otak-otak di Seri Iskandar.

"Saya tak boleh kerja siang hari kerana susah nak uruskan Muhammad Jihadi lebih-lebih lagi kalau dia ke sekolah siapa nak hantar dan ambil jika saya kerja.

"Alhamdulillah kerja saya jual otak-otak di kedai makan ini pada waktu malam jadi ia memudahkan saya uruskan anak walaupun pendapatan tidak seberapa sekitar RM15 hingga RM30 sehari."

Selain itu, sewa rumah sebanyak RM160 sebulan sudah tertunggak selama empat bulan.

Tiga anak Rosmawati, Nurul Najwa, 13, Mohd Faris, 11 dan Muhammad Jihadi, 7, tidak bersekolah hampir 50 hari sebelum ini.

"Saya tak ada duit nak bagi mereka belanja kalau ke sekolah, nak masak bagi bekal pun tak boleh kerana kami kais pagi makan pagi walaupun saya bekerja dengan pendapatan RM30 sehari.

"Ada masa saya terpaksa tanya kawan yang jual nasi ayam kalau ada lebih bungkus untuk saya bawa bagi anak makan dan itulah alas perut kami sekeluarga."

Anak sulungnya, Nurul Najwa juga bekerja di kedai makan sama.

Foto: Sinar Online
"Kadang-kadang duit upah RM10 diterimanya itu dia guna belikan makanan dan pernah dia dapat gaji pergi kedai mamak dan beli 10 keping roti canai untuk beri adik makan bila balik kerja jam 1 pagi."

Pegawai JKM Perak Tengah, Nor Azlinda Ahmad Shaari berkata,  JKM  menyampaikan bantuan segera RM300 kepada keluarga itu Jumaat lalu.

"Kita juga luluskan bantuan kanak-kanak RM450 setiap bulan bermula November lalu hingga Oktober 2019.

"JKM juga ada beri bantuan RM150 sebulan bagi anak Rosmawati, Muhammad Jihadi yang juga OKU melalui pihak sekolah di bawah pendidikan khas.'

Pegawai Baitulmal Daerah Perak Tengah, Johar Zainal Abidin berkata, keluarga Rosmawati  penerima bantuan bulanan RM400 sejak 2016.

"Kes ini baru sahaja disyorkan pertukaran dari penama suami ke isteri kerana kelulusan sebelum ini adalah di atas nama suami Rosmawati iaitu Mohamad Sallehuddin Sapian sejak 2016 hingga kini.

"Rosmawati sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah baru sahaja bercerai dengan suaminya  dan kita akan tukarkan penerima bantuan kepada dia."

Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Rosmawati Mohamed Saeid - 08105-29-00008734-7 (BSN) atau 1212-2020--2827-03 (Bank Islam). -CARI
8

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 2-10-2018 09:45 AM
bapak x guna kenapa x bg nafkah kt anak...
Quote fushimi 2-10-2018 09:49 AM
mesti akak ni menyesal kawin ngan jantan bangsat cam gitew
Quote jazaa100 2-10-2018 09:53 AM
Rm30 sehari tak cukup ke beli beras, kicap & telur  utk anak anak ...

Dari cerita mcm teruk sgt sampai kena blend nasi....
Quote BoLapciOus 2-10-2018 10:01 AM
mana bapaknye???alahaiiii...jgn la jdi cam hewan wahai si bapak..baik xyah kawinla klu dpt laki menyusahkan giniii
Quote dekmieDandy 2-10-2018 10:13 AM
maksudnya lepas cerai tu duit baitulmal masuk ke bapaknye je ke?

bodoh punya laki
Quote leylapple 2-10-2018 10:14 AM
nasihat aku.. mana2 pompuan yang ingin berkahwin sbb nak senang...nak membiak ker... fikir2kan lah masa depan sendiri dgn anak2... sediakan tabungan utk anak2...atau kesinambungan rejeki kalau2 laki mati awal, laki lari dari rumah...

kesian budak2.... 2 tahun lagi nak sampai wawasan 2020... pun masih ada yang tercicir pendidikan..

sedangkan budak lepasan U pun payah nak dapat keja, apatah lagi budak2 yang keciciran
Quote shernazz 2-10-2018 10:16 AM
Harap bapak dia dh mati kat kolong ke apa lah...
Alhamdulillah jkm.tukar penama bantuan..kalau tak...salehiduin tu yang sedap makan kalau x mati lagi...
Quote cutieslilies 2-10-2018 10:22 AM
xguna punya jantan keparat...
Quote ctcham 2-10-2018 10:25 AM
sedih ye kisah mcm ni, mana bapak ye? bertanggungjawab la wei, ni anak2 ngko jangan la lepas tangan pulak.
tapi walaupun susah, nampak rumah dia bersih and takde sepah2 mcm typical org susah yg rumah bersepah dgn kotor ye...bagus akak ni nampak usaha dia nak bekerja walaupun anak2 ada yg tak sihat, semoga Allah berikan rezeki pada akak ni...
Quote faraway1 2-10-2018 10:42 AM
mau menyumpah bapak tu nanti,
hilang 400 sebulan kalau dah tukar penama..
mesti nyesal sebab cerai
Quote fox. 2-10-2018 10:51 AM
kes begini mungkin salah satu faktor perempuan tak kisah jadi andartu
Quote jazaa100 2-10-2018 11:30 AM
faraway1 replied at 2-10-2018 10:42 AM
mau menyumpah bapak tu nanti,
hilang 400 sebulan kalau dah tukar penama..
mesti nyesal sebab cerai

Mgkin cerai tu pun sbb nk bawak lari rm400 sebln....
Dia rasa byk le rm400 tak yah share dgn anak anak
Quote serawadurian 2-10-2018 11:32 AM
Alahai kak siannya..sy doakan kesejahteraan akak sekeluarga.
Quote moonbug 2-10-2018 11:33 AM
Bapak budak-budak tu apa gunanya? Sumbang sperm je ke pokcik sampai anak-anak kau kena pampang muka kat suratkhabar mintak makan sesuap dua?
Quote Bilissey 2-10-2018 11:45 AM
Alahai..sedihnya.. Apepon, salute kat akak ni. Rumah masih bersih dan kemas. Anak2 pun nampak terjaga.

Soal bapanya, kenapa cerai ya..hmmm

Tapi kan kak..kalau boleh, usahakan lah anak tu supaya pergi sekolah. Bukan apa.. pendidikan mampu ubah nasib seseorang manusia. Paling tidak, belajarlah sampai SPM. Semoga lepas dapat bantuan ni, anak2 semua boleh pergi ke sekolah dan tak perlu ponteng sekolah lagi
Quote munchkin 2-10-2018 11:49 AM
Bersih kemas saja rumah kakak ni. Kasiklah bantuan kerja pada kakak ni.
Quote ckenj 2-10-2018 11:51 AM
berpisah 5 bulan..anak dia tak sekolah 50 hari sebelum tu. hurmmm
Quote Foxey 2-10-2018 12:15 PM
husband dia tak bagi nafkah ke? buat anak bersama2 tapi bila cerai, lepas lak tanggungjawab. ntahapa2 ntah. baik jangan beranak
Quote chicozinn 2-10-2018 12:25 PM
suami spesis haprak..da la ada anak oku ptutnye dia kne bagi nafkah yg anak2 kot ye pn xnak bagi kat bekas bini..

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.115536 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top