CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Meringkuk 10 Bulan Dalam Penjara Kerana Nescafe

3-10-2018 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4059| Komen: 33

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang suri rumah kerana mencuri Nescafe di sebuah pasar raya.

Memetik Berita Harian, Nor Azlina Mamat, 41, dari Kampung Paya Keladi dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.


Kredit foto: NSTP

Berdasarkan pertuduhan, Nor Azlina didakwa mencuri tujuh bungkus Nescafe Classic 300 gram bernilai RM164.43 di Pasaraya Sabasun Hypermarket jam 4.20 petang, pada 26 September lalu.

Difahamkan, gelagat pelanggan wanita mencurigakan di lorong barangan Nescafe disedari pengawal keselamatan bertugas sebelum menghubungi rakan setugas untuk memantau melalui rakaman litar tertutup (CCTV).


Ketika mengekori wanita berkenaan, pengawal keselamatan terbabit melihat tertuduh mengisi tujuh bungkusan Nescafe ke dalam troli sebelum ke bahagian beras.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lorong beras, tertuduh meninggalkan troli dan terus keluar dari pasar raya tanpa membuat pembayaran.

Namun, Nor Azlina gagal meninggalkan premis berkenaan apabila dia ditahan pengawal keselamatan terbabit sebelum diserahkan kepada polis. - CARI
19

Bagus
20

Marah
23

Terkejut
26

Sedih
28

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 3-10-2018 10:08 AM
giler minum nescafe ke?
Quote Nana_Man 3-10-2018 10:13 AM
Kesian nyer... baru smlm kat igs zul ariffin aku nmpk dia dpt bnyk nescafe.. kakak ni lak curi nescafe..
Quote manehnya 3-10-2018 10:18 AM
herm.. x berbaloi.... naper wat camtu kak
Quote moonbug 3-10-2018 10:19 AM
Terdesak? Tapi Nescafe bukanlah keperluan pun. Kalau susu budak tu faham juga
Quote xy_daen 3-10-2018 10:19 AM
Curi Nescafe penjara 10 bulan...bunuh anak orang penjara 18 bulan...
Quote saviour_09 3-10-2018 10:22 AM
aku ingat minah ni ada rekod lampau yg berkait la
tu yg kena 10 bulan tu
Quote Changa 3-10-2018 10:39 AM
Hukuman heshe 8 bulan rendah jah dari bunuh bayi. Baik kau bunuh bayi jah sis. Tak banyak beza hukumannya
Quote c===8 3-10-2018 10:46 AM
mungkin najib yg suruh dia curi
Quote borrow 3-10-2018 10:50 AM
my friend pnh curi asam masin dari mart. Mujo takat kena bayo 3 kali ganda ja. Mebi coz sheols just student.

Quote misc 3-10-2018 10:53 AM
harap2 dlm penjara nanti ada la nescafe kat kantin penjara. Mesti bertambah stress nanti kalau tak dpt minum coffee hari2.
I feel you kaka
Quote mieymiey 3-10-2018 10:53 AM
Dah kenapa akak ni curi sampai 7 bungkus nescafe? Buat modal niaga ker?
Quote duri_durians 3-10-2018 10:56 AM
bodo nye la hukuman. bagi dia penjara 3 bulan ke bawah cukup dah tambah community service.
Quote Burong_Hantuk 3-10-2018 11:00 AM
memalukan betol!!!
Quote samasam90 3-10-2018 11:11 AM
mieymiey replied at 3-10-2018 02:53 AM
Dah kenapa akak ni curi sampai 7 bungkus nescafe? Buat modal niaga ker?

nak niaga apa? nescafe shake? aiskrim nescafe?
Quote samasam90 3-10-2018 11:12 AM
kalau sheolls menutup aurat, takde belanja lurah2 sendu, lengan tidak kelihatan, mungkin ada yg bersimpati
Quote dubuk 3-10-2018 11:28 AM
pagi pagi mesti minum nescafe.. baru lah nampak dunia
Quote mieymiey 3-10-2018 11:46 AM
samasam90 replied at 3-10-2018 11:11 AM
nak niaga apa? nescafe shake? aiskrim nescafe?

Nescafe tarik kot
Quote Mr_Beruk 3-10-2018 11:56 AM
Gile sa-puloh bulan kena ponjara.. sian kat dia.. ngape tak potong tangan jadi kudong sa-panjang hayat je..
Quote Foxey 3-10-2018 12:00 PM
dia ni ketagih nescafe ke? banyak lak tu dicurinya. kalau ambik satu, mungkin tak pasan lagi kot

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068887 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top