CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terdesak Mahu Anak Sendiri, Wanita Belah Perut Jiran Sarat Mengandung

4-10-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4983| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Testimoni seorang wanita dari North Dakota,  Brooke Crews yang mengaku membunuh jirannya yang sedang sarat mengandung 8 bulan menggemparkan mahkamah minggu ini. Beliau mengaku menyerang dan kemudian membelah perut dan menculik kandungan jirannya, Savanna Greywind, 22 tahun. Mayat Savanna kemudiannya dijumpai berdekatan Red River.





Dalam perbicaraan Selasa lalu, Brooke Crews mengaku berpura-pura hamil untuk mengelakkan teman lelakinya yang mahukan anak daripada memutuskan hubungan mereka. Brooke berkata teman lelakinya, William Hoehn memberikan kata dua kepadanya untuk mengandung dan melahirkan anak selepas beliau didapati menghantar beberapa sonogram dan ujian kehamilan palsu. William sendiri berdepan tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan dan menyembunyikan kejadian jenayah.


Kredit Foto: WDAY.com



Menurut keterangan Brooke di mahkamah, beliau menjemput Savanna untuk datang ke rumahnya dan apabila Savanna mahu menggunakan tandas, beliau menolaknya dengan kuat sehingga rebah dan kepalanya menghentak tab mandi sehingga pengsan. Beliau kemudiannya bertindak memotong perut Savanna dengan sebilah pisau yang tajam. Savanna berkata teman lelakinya yang baru balik kerja menemui beliau sedang membelah perut jirannya dan terus mengambil seutas tali untuk mengikat leher Savanna untuk memastikan 'beliau benar-benar mati'. Brooke menafikan ada memberitahu William rancangannya untuk membunuh Savanna.


Kredit Foto: The Bismarck Tribune



Selepas polis curiga dan menerima laporan kehilangan Savanna, Brooke dan teman lelakinya menyembunyikan mayat tersebut di rumah mereka, kemudian menyumbatnya dalam sebuah almari kosong sebelum mencampakkannya ke dalam sungai. Dalam pembelaannya, Brooke menyatakan beliau dalam pengaruh dadah dan alkohol ketika kejadian. Beliau juga tertekan atas kata dua teman lelakinya yang mahukan anak.



Kredit Foto: EVOKE.ie

Brooke ditahan selepas polis curiga dengan 'bayinya'. Polis kemudian menjumpai mayat Savanna hasil maklumat daripada pasangan tersebut. Pemeriksaan perubatan mendapati kecederaan pada kepala Savanna tidak serius tetapi kematiannya mungkin diakibatkan kehilangan darah yang banyak atau dijerut. William mengaku membantu Brooke membunuh Savanna tetapi menafikan mengetahui rancangan itu lebih awal. 


Kredit Foto: Twincities


Mahkamah yang mendapati mereka bersalah mejatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Associated Press melaporkan bayi itu sihat dan selamat dan kini dijaga oleh ahli keluarga Savanna. -CARI


16

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 4-10-2018 12:15 PM
kesiannya baby ni da xde mak..aduh macam2 hal manusia zaman skang ni..kemurungan meollss baca berita ni..hmm
Quote Sang_Pencinta 4-10-2018 12:20 PM
Psiko punya perempuan

Laki dia pun macam psiko juga
Quote Nonones 4-10-2018 12:21 PM
Apa ke gila ummah manusia zman skg ni????????
Quote kucingitam 4-10-2018 12:21 PM
macam2 perangai orang gila!
Quote spankee_fili 4-10-2018 12:41 PM
wth did I just read??? saiko ! saiko !
Quote buapakperut 4-10-2018 12:48 PM
Edited by buapakperut at 4-10-2018 04:50 AM

kesiannya mangsa, over gile kejam dan sewel dorang ni. syukur baby selamat.
Quote r_innalif 4-10-2018 01:08 PM
Banyak movie pasal psycho ni smuanya btulkan. Mmg brlaku peristiwa kejam pelik mcm. Kesian Savannah tu.. x dpt tgok bby dia
Quote Suchi 4-10-2018 01:22 PM
Lawa savannah n baby nya
Kejadian gini mmg byk berlaku kat oversea
Sementelah kat sini bersepah2 plak yg buang merata je baby
Kat sini xde plak bini org terdesak sampai nk belah perut org nk amik baby org harap xdelah ye
Quote mieymiey 4-10-2018 01:35 PM
Kejamnya dunia
Quote Sang_Pencinta 4-10-2018 02:07 PM
Nasib masa dia belah perut tu anak tu tak cedera
Quote ckenj 4-10-2018 02:18 PM
kesian baby tak de mak..hukhukhuk.pelik2 manusia skrg.
Quote Ninjamommy 4-10-2018 02:51 PM
Pandai plk dia kuarkan baby tu ye
Quote MissVixen 4-10-2018 02:57 PM

Sebelum ni ada juga tengok kes lebih kurang. Isteri nya dah ada 4 anak dan cerai. Bila cerai p potong tube. Laki baru nak anak, dia pergi berkenalan dengan breeder anjing yang tengah pregnant. Bila dah 9 bulan, dia pura2 nak beli anjing dan dia bunuh breeder tu sebelum keluarkan baby. Bole pulak laki dia tak perasan yang perut buncit tu bukan baby.
Quote niena90 4-10-2018 04:12 PM
Kat sini teman lelaki paksa gugurkan anak. Kat sana teman lelaki suruh mengandung. Adoiii pelik2 la manusia ni
Quote chazey 4-10-2018 04:18 PM
Inilah perangai negara maju jiwa rapuh keturunan mental 10 generasi!
Quote crazypink 4-10-2018 04:23 PM
aduh scarynyer baca kisah nie
Quote puteribaya 4-10-2018 04:40 PM
niena90 replied at 4-10-2018 04:12 PM
Kat sini teman lelaki paksa gugurkan anak. Kat sana teman lelaki suruh mengandung. Adoiii pelik2 la  ...

kan..kat sini x yah belah2 perut segala..jalan je kat tepi2 sungai, kelompok2 sampah..jumpa la baby kena buang
Quote jue10 4-10-2018 05:12 PM
gilaaa gilaaaa
Quote Sang_Pencinta 4-10-2018 07:10 PM
Dah tak boleh beranak tu ambillah anak angkat.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038187 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top