CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Saja-saja Minta RM50, Janna Nick Rela Dikecam Demi Niat Murni

3-10-2018 03:07 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 9347| Komen: 65|Original author: Oleh: Ain

"Saya berharap agar orang ramai jangan terlalu cepat menghukum apa yang dilakukan seseorang selebriti kerana setiap perkara yang dilakukan pasti ada sebab."


Ha, siapa yang sebelum ini mengutuk dan mengecam tindakan Janna Nick mengenakan bayaran RM50 bagi perkhidmatan ucapan Hari Jadi #WishServiceByJannaNick, pergi minta maaf cepat!



Ini kerana Janna melakukannya demi niat murni bagi membantu golongan yang memerlukan.

Memetik Astro GEMPAK, bayaran diterima daripada perkhidmatan ucapannya itu bukan digunakan untuk tujuan peribadi, sebaliknya digunakan sebagai tabung untuk Wish For Their Hope (WFTH).



"Alhamdulillah, ini merupakan langkah awal untuk saya membantu golongan yang memerlukan dan apa saya buat sepanjang minggu lalu mempunyai alasan dan tujuan tersendiri.

"Sekarang merupakan masa untuk saya memberi balik kepada komuniti kerana bagi saya apa guna kalau ada platfom media sosial jika tidak digunakan dengan betul," katanya kepada Gempak.


Kredit foto: mStar Online

Menurut Janna, dia tidak makan hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini kerana dia tahu apa yang dilakukannya adalah perkara betul dan berharap orang ramai jangan terlalu cepat menghukum kerana setiap apa yang dilakukan seseorang pasti bersebab.

Sementara itu, Janna dalam kenyataannya di Insta Story menyatakan sudah memaafkan semua pihak yang tersalah anaggap terhadapnya sebelum ini.




Kredit foto: IG Janna Nick

Inilah niat sebenarnya. Semoga niat murni Janna dipermudahkan dan memperoleh kejayaan. - CARI
29

Bagus
31

Marah
38

Terkejut
38

Sedih
36

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (217 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kodoksilver 3-10-2018 03:12 PM
hemmmmmmm
Quote buapakperut 3-10-2018 03:28 PM
dan dan la.....
Quote virgo19 3-10-2018 03:28 PM
bagusnya janna.. yg mawarashid rm20 tu pun buat amal jugak ke camne?
Quote MousemickeyU 3-10-2018 03:33 PM
Hahha padan muka siapa yang mengutuk tu...
Quote melinda_kerr 3-10-2018 03:36 PM
ada ckpke sebelumni yg charge dikenakan disalurkan untuk derma?
Quote unguaurora 3-10-2018 03:38 PM
Slps dimaki dikutuk diparody, gelabah cari rumah kebajikan utk bersihkan imej.
Quote mixed 3-10-2018 03:39 PM
lama pasan dah kt ig tu tulis bank in duit rm50 ke
sakinah bte awang xda pn nama si janna nik
Quote Ferr_Remy 3-10-2018 03:53 PM
Control damage. Peminat prt pun kan bagus trus g derma kat tabung masjid dr nak hadal wish dr janna nick kah3. Bodo paloiii
Quote fada2207 3-10-2018 04:00 PM
kalau betul duit tu semua tuk didermakan..kenapa xinform dari awal...rakyat malaysia kan prihatin...

ni bila orang kecam sana sini...buat parody baru nak bg tau...ermm....

xsalah rasanya nk terus terang tujuan tuk apa...masa linda onn(koolfm) call tnya..dia just ckp dia aka bg tau bila tiba masanya tuk apa...ermmm....

atau wujudkan satu akaun khas tuk badan yg ko wakilkan...

just my cent....
Quote alizna82 3-10-2018 04:06 PM
too late hahaha! masa promot wish by jananik ni ada mention ke pasal charity?? ke lepas kene kecam je terus automatic jd charity? and then dia pulak yg kene maafkan netizen sbb dah salah sangka. baik punya kona hahahah.

jgn salah paham, aku sokong sgt kebajikan ni, tp timing dia announce yg ni adalah tujuan kebajikan ni yg muskill
Quote Mrstata01 3-10-2018 04:07 PM
Apooo jgn tlalu cepat mghukum??? Gilo ke apa. Da reporter pun da tny, ekau jwb xkisah kan sbb mmg mdapat sambutan apa bagai tu. Klu dr awal lg time reporter tny ko trus bgtau kan senang.. tetiber pla heboh kata semua yg kutuk2 kena minta maap. Apa hal.
Semua pun nak gimik2 publisiti murahan je
Quote Jiyongie88 3-10-2018 04:13 PM
Edited by Jiyongie88 at 3-10-2018 04:15 PM

Dan dan cakap utk charity. Aku tgk kau kt melodi haritu kemain lg angin org kutuk2 kau psl ni. Nape tk clarified secara live yg this is for charity? Propa nokkkss
Quote Badigol 3-10-2018 04:17 PM
janna janna..saja nk org bckap psl dia la ni...suka hati awk lah janna..hrp jgn bingit je time mengacara ABP nanti..
Quote Badigol 3-10-2018 04:18 PM
mixed replied at 3-10-2018 07:39 AM
lama pasan dah kt ig tu tulis bank in duit rm50 ke
sakinah bte awang xda pn nama si janna nik

bkn tu PA dia ke?
Quote Teru2Bozu 3-10-2018 04:19 PM
damage control ke ni? tetiba kona. konon2 nak salur kebajikan?
Quote puteribaya 3-10-2018 04:36 PM
virgo19 replied at 3-10-2018 03:28 PM
bagusnya janna.. yg mawarashid rm20 tu pun buat amal jugak ke camne?

nampak gamba tadi mawar pun join charity tu..baguslah buat kebaikan..kita yg tak buat..bagi sokongan atau positf vibes pun dah cukup bagus..kecam mengecam x bawa kemana pun
Quote puteribaya 3-10-2018 04:38 PM
Teru2Bozu replied at 3-10-2018 04:19 PM
damage control ke ni? tetiba kona. konon2 nak salur kebajikan?

rasanya dah penah tertenguk meeting peminat2 dia..ada mentioned pasal charity sebelum dia offer service tu..dah rancang awal2 kot..surpriseee
Quote Ohhunny 3-10-2018 04:44 PM
musim artis buat gimik kah?
Quote DahliaTulip 3-10-2018 05:05 PM
Ye..baru dengar dekat hotfm..katanya untuk sumbangan amal kepada badan-badan tertentu membantu gelandangan dan org2 susah..gicu. bukan masok pocket sndri. tp good marketing. aku tengok ada je org gune service die kan

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039315 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top