Sebagai peneraju rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia dan Malaysia, Watsons Malaysia bakal melancarkan kempen mencari Individu Yang Paling Berpengaruh di Malaysia atau Malaysia’s top influencer.
Kempen tersebut akan dimulakan pada 4 Oktober ini dengan cabaran pertamanya. Para peserta boleh mengetahui lebih lanjut berhubung pengumuman tujuh cabaran yang lain sebelum peringkat akhir menerusi laman web di @watsonsmy & @ohbulanofficial Instagram atau Watsons Malaysia & Ohbulan Facebook. Pada peringkat akhir, peserta yang terpilih akan dipersiapkan untuk menjadi Watsons Influencer dalam tempoh selama 12 bulan.
Semua peserta akan dibimbing oleh Scha Alyahya iaitu salah seorang yang paling berpengaruh dengan memiliki seramai 6 juta pengikut di sosial media. Scha Alyahya juga merupakan salah seorang panel juri yang bertanggungjawab menjalankan pemilihan peserta di peringkat terakhir. Hadiah utama untuk pemenang sebagai Malaysia's Top Influencer yang dibawa oleh Watsons adalah: * Wang Tunai RM10,000 * Kutipan Mata Watsons yang bernilai RM20,000 * Barangan Watsons yang bernilai RM10,000 * Menjadi Watsons Key Opinion Leader yang rasmi untuk satu tahun, akan muncul di TV komersial Watsons dan Papan iklan bilboards Watsons di seluruh negara. * Muncul dalam bentuk video di portal seperti Oh Bulan!, Says, Vocket dan sebagainya. - CARI
|
20
Bagus |
21
Marah |
32
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT