CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gara-Gara Iklan Billboard Grab, Netizen Berbalah Isu Isteri Baru Dan Lama

4-10-2018 03:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4732| Komen: 7|Original author: Oleh: Azza



Hanya kerana sebuah iklan dari aplikasi perkhidmatan kereta, Grab berkenaan penghantaran makanan untuk memudahkan para isteri, menyebabkan ramai netizen berbalah isu gender.
Dengan kapsyen "Pada Era Malaysia Baharu, ibu ada pilihan untuk tidak masak" inilah yang dipersoalkan. Kaum lelaki dinasihati memilih isteri dari era Malaysia lama yang memasak untuk keluarga berbanding isteri era Malaysia baharu yang banyak kemudahan penghantaran makanan.
Ia membuatkan kaum wanita berasa hati kerana seolah-olah lelaki meletakkan peranan memasak di bahu mereka, sedangkan isteri sama-sama bekerja bagi membantu ekonomi keluarga.

Foto : Twitter
Bagi suami, isteri WAJIB pandai memasak.

Bagi majoriti wanita alaf baru pula, pendapat tersebut melampaui batas. Ini kerana suami dan isteri sebenarnya berperanan sama banyak di era ini. Jadi adalah tidak tepat apabila soal memasak hanya diserahkan kepada isteri semata-mata.

Jadi, mereka juga menasihati kaum sejenis supaya memilih suami rajin meringankan beban di rumah, bukannya lepak di Twitter mencari salah isteri sahaja. 





Foto : Carian Internet

Bagi wanita ini, status suri rumah juga bukan alasan  para suami untuk melepaskan segala kerja rumah kepada isteri. Ini kerana bukan mudah untuk menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil.


Bagaimanapun, tidak semua lelaki bersetuju dengan pendapat hanya perempuan sahaja memasak. Ini kerana dengan masing-masing bekerja membuatkan tugas perlu dibahagi sama rata. 



Foto : Carian Internet

"Lagi pula, apa lah salahnya suami menolong isteri di rumah. Jika tidak mampu, kan ada food delivery. Happy wives=Happy Family."


Ada juga yang memerli suami sebegini untuk mencari jodoh wanita era Malaysia lama dengan hujah padu.



Ada juga yang berpendapat memasak bukanlah satu-satunya cara untuk mengikat hubungan. Ini kerana ramai yang bahagia walaupun dapur mereka tidak berasap. Lagi pula kepenatan bekerja membuatkan masing-masing lesu untuk memasak, jadi beli bungkus adalah penyelesaiannya.

Foto : Carian Internet

Disebabkan ramai wanita dan lelaki bertegang urat, ada juga netizen yang mencadangkan supaya ...


"Sebenarnya ini salah grab"


Jadi, mulai sekarang didik anak-anak sama rata dalam membuat kerja rumah.
Foto : Carian Internet

Wah! bukan politik sahaja yang menggunakan istilah Malaysia Baharu dan Malaysia Lama, tetapi  konteks perhubungan juga turut terkena tempiasnya. Walau apa pun, pasti ramai suami era masa kini sedar dengan bebanan yang dipikul oleh isteri. Jadi, penghantaran makanan sekadar alternatif untuk menikmati makan malam. Yang penting kedua-dua pihak boleh bertolenrasi. Apa kata anda? - CARI 

19

Bagus
24

Marah
13

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-10-2018 03:59 PM
Eh.. jantan x guna.. bini kerja,balik penat bkn nak tolong.. dah order bising..
Quote Artemesiaa 4-10-2018 05:41 PM
Sebab tu bila nak buat iklan elok fikirkan buruk baiknya idea tu  supaya tak timbul isu
Quote matkpop 4-10-2018 06:24 PM
mentaliti mamat masih di takuk yang lama
Quote debab76 5-10-2018 02:41 PM
hello!! kalau kau sejenis tanggung bini n anak2 boleh la consider nak masakkan dr pagi smpi ke tido. ni tiap2 bulan pon still mengharapkan gaji bini, byk komplen plak

p./s : sorry ni bkan kisah rumah tangga iols ya
Quote MrsYaya 10-10-2018 12:22 AM
Alahai... sama je kalau rasa nak makan pizza ke ..kfc ke..mcd ke...order online.deliver Kat rumah..makan anak beranak..yang silapnya the billboard punya ayat.. tu pun reverse marketing..kecoh2 orang bercakap..lupa pada foodpanda..terus ingat Grab...
Nowadays controversy make things famous and viral {:good{:good
Quote hanakikan 10-10-2018 02:15 AM
sejak akak pindah Scandinavia ni akak dah rajin masak. dulu kat malaysia memang busy giler nak masak, balik sampai malam, dah penat, so beli makanan kat luar je lah plus murah. kat sini nak makan luar weekend je sebab beza makanan kalau masak dgn beli luar jauh beza. paling murah pun kebab dgn sodavand 50kroner.nak makan sedap2 dalam 200 kroner. tapi sini ada banyak masa sebab seminggu kerja 37 jam je. groceries kat aldi lidl murah je
Quote Nonones 10-10-2018 10:34 AM
Tak salah pun laki tlg bini masak or buat kerja rumah yang lain2! bini pun ada sumbang ekonomi keluarga, bkn 100% laki je. perempuan skg pun paham zaman skg ni memang tak boleh sorg je nak tanggung semua, lain la kalau gaji berpuluh2 ribu. sama2 tolerate la!!!!!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044334 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top