CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terus Tak Jadi Nak Sewa Rumah Selepas Tengok Lautan Najis Kucing Depan Rumah!

4-10-2018 03:56 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 10956| Komen: 32|Original author: Oleh: Whitney


Masa kini, harga rumah semakin mahal, lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang pesat membangun. Jadi, cara terbaik bagi sesetengah orang ialah dengan menyewa sahaja dulu bagi yang belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi yang baru sahaja memulakan kerjaya. 
Kebiasaannya bagi mereka yang ingin mencari rumah untuk disewa, mereka akan mencari iklan rumah sewa sama ada melalui carian di internet atau notis yang ditampal di sesetengah tempat di kawasan awam. Kemudian, sama ada mereka pergi melihat terlebih dahulu kawasan rumah tersebut atau akan menghubungi terus nombor telefon yang tertera. 

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status dan video yang telah dirakam oleh seorang lelaki yang ingin mencari rumah sewa dan dia ingin melihat sendiri keadaan rumah yang ingin disewa. Bagaimanapun, dia amat terkejut apabila melihat persekitaran di luar rumah flat tersebut dipenuhi dengan najis kucing. Ia memenuhi seluruh koridor di tingkat paling atas rumah flat tersebut. 




Sanggup ke nak menyewa rumah macam ni?

Geli..dah jadi tempat tinggal kucing dah. 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut terkejut dan berasa geli dengan keadaan luar rumah yang dipenuhi dengan tahi kucing. Rumah-rumah ditingkat paling atas flat tersebut semuanya tidak berpenghuni dan sebab itulah ia menjadi tempat tinggal kucing-kucing dan sekaligus membuang najis di situ. 



Tengok pun dapat bau!

Yang lucunya, netizen turut berasa loya dan terbau tahi kucing setelah melihat video tersebut. Mungkin masing-masing dapat membayangkan keadaan tempat itu yang berbau busuk dengan lautan najis-najis kucing. Seperti tidak masuk akal pun ada juga kan? Bagaimana keadaan sebegitu boleh berlaku dan jelas bahawa tingkat paling atas flat itu sememangnya terbiar. Kalau dah macam ni, ada ke orang yang sanggup menyewa rumah di situ? 



Tip halau kucing

Netizen turut berkongsi tip untuk menghalau kucing-kucing daripada membuang najis di kawasan rumah iaitu dengan meletakkan air berwarna merah di dalam botol. Tetapi ia hanya berkesan untuk sementara dan kucing akan datang semula. Ada yang cadangkan menggunakan cat repellent kerana ia betul-betul berkesan untuk menghalau kucing. 


Jadi, bagi kalian yang sedang mencari rumah sewa, lebih baik kalian pergi melihat kawasan dan keadaan rumah yang ingin disewa terlebih dahulu. Apabila berpuas hati dan berasa selesa untuk tinggal disitu, barulah meletakkan bayaran deposit dan sewa rumah. - CARI 
55

Bagus
24

Marah
26

Terkejut
31

Sedih
34

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (196 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 4-10-2018 04:30 PM
giler lah..tuan rumah tak tengok ke keadaan rumah dia sebelum cari penyewa?
Quote CiliPadiSedap 4-10-2018 04:34 PM
sebelum ni penyewa memang se ekor kucing ke?
Quote bintangct 4-10-2018 04:41 PM
Tingkat atas rumah flat sewa rm800-1000
Gilo apo
Dh la penuh taik
Quote abangadek 4-10-2018 04:44 PM
eiiii terbau2 busuknya
Quote mieymiey 4-10-2018 05:02 PM
Tuan rumah tu tak datang tengok ker rumah dia sebelum sewakan?
Ker dia harap penyewa tu yang akan bersihkan?
Gila!
Quote kechikchomel 4-10-2018 05:12 PM
CiliPadiSedap: sebelum ni penyewa memang se ekor kucing ke?

10 ekor kot sis?
{:smile
Quote bangcak 4-10-2018 05:18 PM
normal arr tu.
sblm tinggalkan rumah, jgn lupa tutup segala tingkap2, pintu n apa2 ruang termasuk lubang angin kalu ada.

rumah i pun gitu jugak. pernah terlupa tutup tingkap n tinggalkan selama 2minggu.
taik kucing penuh kat ruang tamu.
antara kucing masuk atau org dengki masukkan kucing taktau arr.

sebulan dua nih nak bersihkan elok2.
sapa berminat nak sewa bleh pm ye.

area jenaris, kajang.
teres 2 tingkat, sewa rm1200 sebulan (nego).
Quote mdhelmi 4-10-2018 05:26 PM
botol sirap mana botol sirap
Quote merrissa 4-10-2018 05:27 PM
aduhaii..teroknya...bukan sikit tp byk gilerrrrrr!


tapiiiiiiiiiiiii

tuan rumah xkann kesah....sebab ramai je penyewa desperate yg akan sewa wpon ada lautan taik tuh..percaya la
Quote Artemesiaa 4-10-2018 05:38 PM
Kalau betul pun nak sewakan bersih ler dulu apa yang patut.  Ni kalau dah macam tu rupanya siapa sanggup nak sewa melainka  pati.
Quote idakamaruddin 4-10-2018 05:48 PM
bangcak replied at 4-10-2018 05:18 PM
normal arr tu.
sblm tinggalkan rumah, jgn lupa tutup segala tingkap2, pintu n apa2 ruang termasuk  ...

sempat promot haha
Quote matkpop 4-10-2018 06:27 PM
bersepah taik kucing tu eei
Quote insulin 4-10-2018 06:31 PM
Ini antara sebab aku tak berapa minat kucing walaupun mereka comel dan mesra.
Quote naina 4-10-2018 07:02 PM
Seriuslah elok je bertompok2 tapi merata taik kucing tu.  Bukan ke mereka berak kat tepi2 sudut. Serius bau kuat. Najis kucing bau tajam wooo. Tuan rumah pon..bersihkan lah dulu. Hadoi
Quote faraway1 4-10-2018 07:09 PM
tuan rumah duduk kat mana..
takkan langsung tak check rumah sebelum tunjukkan kat orang...
base kami yang ada business rental,
wajib rumah berkilat baru nak tunjuk kat orang....

tak logik betul tuan rumah boleh tunjuk
rumah kosong yang kotor gila... mereng apa tak pikir
cam sapa nak sewa rumah yang buat masa ini penuh tahi kucing.
bukan senang bau nak hilang juga.
Quote bangcak 4-10-2018 10:32 PM

kalu ada kawan2 berminat nak sewa, bitaw k.
keutamaan, gadis bujang.
Quote eyansss 5-10-2018 12:32 AM
bangcak replied at 4-10-2018 10:32 PM
kalu ada kawan2 berminat nak sewa, bitaw k.
keutamaan, gadis bujang.

anbouh bamcak... siap ada keutamaan tu...
Quote mohdcrow 5-10-2018 04:49 AM
Pelik taik kucing sampai banyak tu...maybe ada org tingkat bawah buat tmpt bela kucing2 dia kat atas tu...sediakan air dan makanan...mmg kucing2 tu x g mana dahla...lepak area situ jer...tapi pasir x der...mmg bersepah la taik camtu...

Gua agak jerla
Quote saviour_09 5-10-2018 08:34 AM
tuan rumah la taik

sebelum bagi penyewa tengok bersih la dulu rumah tu
ni main bagi je nahh ambik takde orang dah sewa situ

taik kucing betul perangai

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.245524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top