CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mampu Ke Aliff Syukri Nak Jernihkan Hubungan DS Vida Dengan Aishah?

5-10-2018 11:41 AM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 7517| Komen: 39|Original author: Oleh: Amirah

Semua tahu ketegangan isu antara Aishah, juara Gegarvaganza ke-4 dan Datuk Seri Vida tentang barang kemas palsu sebagai hadiah  ketika memenangi program tersebut.

Sebagai rakan perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri berniat untuk menjernihkan kembali hubungan Aishah dan Vida.

Foto: IG Aliff Syukri
Niat murni Aliff itu dipuji oleh Vida namun kontroversi yang berlaku sebelum ini telah menyebabkan perniagaannya terjejas dan ia amat memalukan.

Vida terpaksa berhadapan dengan kecaman daripada pelbagai pihak dan bukan mudah untuk memutihkan keadaan serta mengembalikan kepercayaan pelanggan.


Dia sangat malu apabila rantai berlian itu dituduh sebagai barangan palsu hingga mengalami kerugian dalam perniagaan.


"Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas. Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang, siapa yang nak bertanggungjawab?," katanya kepada mStar Online.

Memang berat sebenarnya isu ini serta tuduhan yang diberikan. Apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Harap pengakhiran isu menemui jalan perdamaian antara Vida dan Aishah. - CARI
3

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiambang 5-10-2018 11:50 AM
Niat yang murni by dato aliff .. tapi biarlah dato vida yang settle sendiri ..
Quote mixed 5-10-2018 11:51 AM
ecah tgh bt PC td tgk kt igs Live budiey
psl kes kena tipu dgn dsv ada peguam ecah sekali
Quote buragazz 5-10-2018 11:52 AM
Semalam aku browsing youtube jumpa statement Iqbal PA Alat Sulit dia tu yang kene pecat buta2 jer.. yang paling hampas dalam video tu siap promote diri dia nak jadi pengacara.. tapi muka ala2 kendu jugak Kak ecah dioffer oleh 2 syarikat yang nak mengganti kan rantai tu dengan gelang emas pastu bit coin ke haper tapi dia tak nak.. dia cakap just mintak maaf jer settle.. pastu rupa nya tapak rumah banglo tu pun tak dapek lagi.. malang nasib ko kak ecah pastu masa GV5 opening dia diganti last minute dengan LH dan SS.. ni menurut cerita dia la ku just sum up jer...
Quote lovelytouch 5-10-2018 11:52 AM
Macam makin parah ja
Quote manehnya 5-10-2018 12:00 PM
eloklah kalu ada niat nk mendamaikan... besar pahala tuh..

tapi ramai yg suka jadi batu api...........
Quote kodoksilver 5-10-2018 12:25 PM
acah je dato ni
Quote mizzacu 5-10-2018 12:36 PM
better biar dorang setel sendiri..
nanti x pasal2 terpalit sama kang jd lg besau gadohnye
Quote CiliPadiSedap 5-10-2018 12:43 PM
harap dato seri ecah dapat rantai berlian asli original bernilai seperti diwar warkan.  zaman sekarang memerlukan duit nak hidup.
Quote oak.balustrade 5-10-2018 12:45 PM
Tak ku sangka tokvida ni pembelit rupanya.
Fight kak ecah fight!
Quote melinda_kerr 5-10-2018 01:01 PM
Sibuk pondan sorang ni. Biarlah diaorg settle sendiri. lagipun for kak ecah, jgn tunduk dgn penipu.
Quote matchstick 5-10-2018 01:13 PM
salahkan ecah pulak bisnes dia rugi. bank negara pun dah declare bis LVC ko tu menipu sape nk percaya. acik2 yg consume qu puteh ko tu selama ni pun mungkin dh kena mcm2 penyakit dah.. tu yg stop beli. itu pasal lah ko rugi. jgn nak salahkan org lain
Quote mixed 5-10-2018 01:22 PM


Sampai bila nak tipu artis? Aishah beri Vida 1 minggu!
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2018 12:35 PM


[size=0.75em]Aishah mahu Vida membuat permohonan maaf secara terbuka.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]NAMPAKNYA kemelut antara Aishah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida terus berpanjangan apabila penyanyi itu memberi tempoh tujuh hari kepada Vida berhubung hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf.
[size=0.98em]Aishah menerusi peguamnya Mohammad Izwan Azmi, berkata, ahli perniagaan tersebut perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang dihebohkan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim keempat.
[size=0.98em]"Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan.
[size=0.98em]"Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
[size=0.98em]ARTIKEL BERKAITAN: [color=rgb(0, 51, 153) !important]Akhirnya Aishah bakal terima tanah lot tapi tak tahulah nak menangis atau ketawa?



[size=0.98em]Aishah mengadakan sidang media khas untuk menuntut haknya daripada Datuk Vida.
[size=0.98em]Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu ini bersama peguamnya ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pada Jumaat.
[size=0.98em]Tambahnya, tindakan undang-undang akan diambil jika usahawan berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari yang diberikan.
[size=0.98em]Sementara itu, Aishah berkata, dia juga menolak jemputan untuk hadir pada minggu kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti dicadangkan pihak Astro.
[size=0.98em]Kata Aishah, pentas nyanyian tersebut bukan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan itu.
[size=0.98em]"Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu itu.


[size=0.98em]Aishah bersama peguamnya.
[size=0.98em]"Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja.
[size=0.98em]"Ia hanya berkaitan 'rating' sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu," katanya.
[size=0.98em]Dalam pada itu, Aishah berkata, tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyedarkan pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis untuk kepentingan mereka.
[size=0.98em]"Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri," ujarnya.
[size=0.98em]Pada 25 Ogos lalu, Aishah mendedahkan masih belum menerima hadiah tersebut selain mendakwa barangan kemas tajaan usahawan Datuk Seri Vida yang bernilai RM80,000 adalah palsu.
[size=0.98em]Bagaimanapun hadiah lain seperti wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan baucer beli-belah sudah diterimanya.
[size=0.875em]Tags / Kata Kunci:[color=rgb(0, 51, 153) !important]Aishah , [color=rgb(0, 51, 153) !important]Datuk Vida

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... CkywURdP62uI0lot.99

Quote kiah_mai_pulak 5-10-2018 01:31 PM
Vida bibir selipar jepun ni, kalau ada kontolbesi je mesti up pasal yislamikk kat ig dia.. dasar penonggeng agama
Quote mieymiey 5-10-2018 01:40 PM
Toklip, takyah la mencapub. Diam diam sudeh.
Quote chicozinn 5-10-2018 02:05 PM
Propa lebihh yachh..adakah cobaan menyucikan diri pas basah kne bash isu promot ponen dlm lagu bobo tu?
Quote September14 5-10-2018 02:10 PM
Go kak ecah go
Quote laksmanabentan 5-10-2018 02:10 PM
da buat PC da kan....
Quote akuMNdia 5-10-2018 02:49 PM
semak la toklip nih..nak jugak menempel dgn hal org lain.
Quote Rantaie 5-10-2018 02:53 PM

aku pun fikir cenggitu..aliff ni bukan heran pun org keliling dia,means ko nak gaduh sampai mampus pun dia xheran,dia buat cnggini pun aku yakin sbb nak naikkan rate GV supaya produk2 dia yg terselit kat iklan time GV tu lariss

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.069991 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top