Semalam Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, dua jenis produk vaksin dan Misoprostol tidak berdaftar dari India berjaya dirampas hasil serbuan yang dijalankan ke atas dua suspek di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk yang dirampas itu terdiri daripada Bio Typh Typhoid Polysaccharide Vaccine, Tetanus Vaccine dan Cytolog Misoprostol Tablet dan dipercayai dijual di pasaran gelap untuk pengguguran haram. "Sebanyak 350 bebuli produk vaksin tidak berdaftar dengan nilai lebih RM28,000 dan 1,400 biji tablet Misoprostol bernilai lebih RM63,000 berjaya dirampas dalam serbuan kali ini."
"Hasil siasatan awal mendapati produk vaksin ini dijual secara terus oleh warga tempatan kepada klinik-klinik perubatan di sekitar Lembah Klang,” katanya. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan produk-produk kesihatan yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang berkuatkuasa. Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari http://www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.- CARI
|
27
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
12
Sedih |
30
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
oak.balustrade replied at 5-10-2018 12:21 PM
Yg gigih sgt nak gugurkan kandungan ni sejenis lembam kah tak kenal kondom?
sofiazara replied at 5-10-2018 12:23 PM
main pakai sarung tak sedap katanya
umpama korek hidung pakai gloves
oak.balustrade replied at 5-10-2018 12:21 PM
Yg gigih sgt nak gugurkan kandungan ni sejenis lembam kah tak kenal kondom?
ADVERTISEMENT