CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Terperosok Bawah Treler

13-9-2013 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10255| Komen: 50






SEREMBAN – Seorang pegawai Jabatan Imigresen maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah treler dalam satu kemalangan di Jalan Pantai – Seremban, berhampiran kilang getah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Hazwan Ismail, 27, yang bekerja di Jabatan Imigresen Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki ER6 650 dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menghala ke rumahnya di Jalan Pantai, di sini.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah treler yang membawa muatan getah.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh lalu terperosok di bawah lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, treler berkenaan dipercayai baru keluar dari kilang getah berkenaan.

Pemandu treler, Mohd Sukiri Zakaria, 36, berkata, dia dalam perjalanan menghantar getah kompaun itu ke Subang Jaya, Selangor.

“Saya baru keluar dari kilang kira-kira dua minit dan secara tiba –tiba datang sebuah motosikal dari arah bertentangan merempuh bahagian hadapan treler.

“Saya segera turun dan melihat penunggang motosikal berada di bawah lori,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan punca kemalangan tersebut.
Al Fatihah..


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ell768 13-9-2013 03:12 PM
takziah pada keluarga mangsa...maybe bajer boleh elak..tup2 x lepas...
Quote missyqaldina 13-9-2013 03:15 PM
motor besar lagi..
Quote asher 13-9-2013 03:17 PM
takziah utk family arwah..
Quote pasuoren 13-9-2013 03:18 PM
berapa lama pakai motor besar ni?
baru beli ke..?..
innalillah...
Quote kegimaru 13-9-2013 03:22 PM
tgk gambo ingtkn mangsa naik ex5 class..takziah
Quote batmana 13-9-2013 03:23 PM
moto beso hanya layak dipakai dilitar lumba aja.... psl kbykkn yg bawa bukan reti sgt bwa pun..
Quote lavajeans 13-9-2013 03:24 PM
pasuoren posted on 13-9-2013 03:18 PM
berapa lama pakai motor besar ni?
baru beli ke..?..
innalillah...

penting ke nak tahu..??



Quote jcja82 13-9-2013 03:30 PM
al fatihah...kesian nya
Quote kaki_palsu 13-9-2013 03:33 PM
pasuoren posted on 13-9-2013 03:18 PM
berapa lama pakai motor besar ni?
baru beli ke..?..
innalillah...

tak silap, moto tuh memang baru beli.. no. plat pun NCV 9*9* (arwah adalah kenalan saya mase sekolah menengah dulu)
Quote cammie1711 13-9-2013 03:34 PM
Alfatihah...takziah pada keluarga arwah
muda lagi orang nya......
Quote kaki_palsu 13-9-2013 03:35 PM
Alfatihah kepada Hazwan.. seorg yang tak banyak cakap.. senyum je.. meninggal kan seorg wife dan anak yg baru 5 bulan.. wahh.. sebaknyer rase..
Quote Odyman 13-9-2013 03:38 PM
Kesian dia, akibat minyak naik terpaksa naik motor ke tempat kerja.
Quote amyainsamad 13-9-2013 03:39 PM
takziah........
Quote PostBanhammer 13-9-2013 03:40 PM
kaki_palsu posted on 13-9-2013 03:33 PM
tak silap, moto tuh memang baru beli.. no. plat pun NCV 9*9* (arwah adalah kenalan saya mase sekol ...

Arwah dulu baik tak orangnye?

Quote myakayina 13-9-2013 03:42 PM
Al-Fatihah...
Quote pasuoren 13-9-2013 03:45 PM
lavajeans posted on 13-9-2013 03:24 PM
penting ke nak tahu..??

penting la...
kalau tak penting, aku tak tanya...


biasanya kemalangan macam ni mesti moto tu baru beli...
Quote itik_kuning 13-9-2013 03:45 PM
Al Fatihah. Takziah kepada keluarga arwah.
Quote pasuoren 13-9-2013 03:48 PM
kaki_palsu posted on 13-9-2013 03:33 PM
tak silap, moto tuh memang baru beli.. no. plat pun NCV 9*9* (arwah adalah kenalan saya mase sekol ...

biasanya, kemalangan macam ni..mesti moto besar tu baru beli...


Quote bianglala 13-9-2013 03:49 PM

kredit : FB Harimaumalaya Bikersclub





Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.066590 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top