Sebuah lukisan milik pelukis misteri 'Banksy' yang baru sahaja berjaya dilelong Jumaat lalu dengan harga ASD1.4 juta (RM5.8 juta) tiba-tiba musnah dengan sendirinya, lapor The Associated Press. Menurut pusat lelongan Sotherby di London, sejurus selepas pengesahan penjualan karya seni yang bertajuk 'Girl With Balloon' itu diumumkan, tiba-tiba lukisan itu melurut ke bawah dan dicincang oleh mesin kecil yang disembunyikan di dalam bingkai lukisan. Lukisan itu hanya dicincang separuh selepas mesin itu berhenti. Karya seni itu dibuat menggunakan cat sembur dan acrylic di atas kanvas dan antara salah satu imej paling terkenal dalam siri lukisan Banksy. Ianya memaparkan seorang budak perempuan dengan tangan kanannya cuba memegang sebiji belon merah berbentuk hati. 'Nampaknya kita semua ditipu oleh Banksy' kata Alex Branczik, Pengarah Kanan Sotherby. Banksy ialah pelukis terkenal dunia yang masih tidak diketahui identitinya. Walau bagaimanapun, Banksy sering berinteraksi dengan peminatnya melalui instagramnya. Mengulas mengenai kejadian ini, Banksy mulanya hanya memuatnaik komen 'Going, going, gone...' Sejurus kemudian, Banksy memuatnaik sebuah video mengesahkan beliau telah memasang mesin pencincang khas dalam bingkai gambarnya sebagai protes terhadap pembeli seni yang menjual-beli karya seni melalui lelongan.
|
15
Bagus |
12
Marah |
30
Terkejut |
16
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 8-10-2018 12:47 PM
boleh dapat duit balik tak?
Knowlee replied at 8-10-2018 12:43 PM
Wowww... Dah mcm movie pulak... Misteri...
mieymiey replied at 8-10-2018 02:01 PM
Mamat Banksy tu memang ada di tempat kejadian ker caner?
Sang_Pencinta replied at 8-10-2018 02:03 PM
Masalahnya mamat Banksy tu tak dikenali wajahnya, tak pernah muncul di mana2 interview, wajah beli ...
noell replied at 8-10-2018 01:24 PM
dah tuh duit hasil lelongan lepas tolak komisen dia tak mau amek ka camna??
ADVERTISEMENT