Niat seorang lelaki menunjukkan kesanggupannya bersusah-payah mendapatkan sudut baik demi hasil gambar yang mantap untuk sahabatnya kurang mendapat perhatian, sebaliknya ia mengundang komen nakal daripada golongan wanita.
Susah dapat kawan macam ni... Hasil gambar itu tidak dinafikan sangat bagus, namun lain pula jadinya apabila ada mata dapat menangkap bentuk tubuh sahabatnya yang memakai kostum adi wira Spider-Man itu. Cantik punggung... Komen nakal daripada golongan wanita terbabit bagaimanapun mendapat kecaman daripada kaum Adam. Menurut mereka, zaman kini semakin ramai wanita terutama golongan bertudung yang sudah tiada lagi perasaan malu menunjukkan 'sisi gelap' mereka. Harap bertudung, tapi otak kuning "Perempuan pemalu dah pupus ke di dunia ni?" sindir netizen. Bukan saja golongan lelaki, malah kaum Hawa juga ramai yang berasa malu dengan sikap gatal dipamerkan segelintir wanita. Ekoran itu, tidak pasal-pasal jurugambar dipersalahkan kerana merakam gambar dari sudut yang boleh mencetuskan fitnah. Aik, jurugambar pula dipersalahkan? Adakah tindakan seumpama itu boleh dianggap sebagai suatu serangan seksual? Apapun, tidak manis sekiranya seorang wanita terutama yang berhijab menunjukkan sikap kurang sopan di khalayak. - CARI
|
21
Bagus |
39
Marah |
39
Terkejut |
29
Sedih |
20
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sofiazara replied at 8-10-2018 05:11 PM
biasanya kaka menonton perlawanan bola sepak dan rugby utk permandangan cantik. takyah cakap apa pu ...
ADVERTISEMENT