CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Ni Ke Sikap Traveller? Dah Macam Pengemis

9-10-2018 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6725| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney


Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Sama ada melakukan hobi tersebut di rumah, di luar rumah atau mengembara dan melancong ke negara lain. Masing-masing mengikut kemampuan dan minat seseorang untuk melakukan hobi mereka.  

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status mengecam mereka yang acah-acah pengembara kerana tidak menjaga adab semasa berada di lapangan terbang. Lapangan terbang adalah tempat awam dan setiap orang mempunyai hak mereka untuk duduk di kerusi bagi merehatkan diri. Tetapi, apa yang berlaku, kebanyakannnya membolot kerusi-kerusi di situ untuk merebahkan badan, baring dan menjadikan ia tempat tidur yang mana tidak ubah seperti pengemis. 



Tak ubah seperti gelandangan
Netizen turut bersetuju dengan status wanita ini. Suasana di lapangan terbang menjadi seperti tempat orang gelandangan berehat dan tidur. Ia seakan pengemis jalanan yang tidur di mana-mana sahaja tanpa menghiraukan orang sekeliling.  



Jimat bajet tidur hotel

Ada netizen berpendapat, tidak salah untuk tidur di lapangan terbang kerana ia boleh menjimatkan wang berbanding tidur di hotel dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa untuk meneruskan penerbangan seterusnya. Sememangnya mereka yang mengembara akan mengambil kira pelbagai perkara agar perjalanan mereka berjalan dengan lancar. Lagipun, hobi mengembara tidak semestinya sesuai untuk mereka yang kaya dan berduit sahaja asalkan mereka bijak mengatur pelan dan perbelanjaan sebaiknya. 



Boleh je tidur di airport, tapi jagalah adab

Bagaimanapun,netizen berasakan tidur di lapangan terbang tidak salah tetapi ia lebih kepada adab orang ramai yang berada di lapangan terbang yang mana tidur tanpa mempedulikan hak orang lain. Kebanyakannya akan baring dan tidur di kerusi dan menjadikan kerusi tersebut seperti katil. Mereka turut mengamalkan budaya siapa cepat dia dapat dan menjadikan kerusi itu milik sementara mereka sehingga mereka meninggalkan lapangan tersebut. 


Orang lain pula tiada kerusi nak duduk

Menurut netizen, sepatutnya jika ingin merebahkan badan untuk tidur, carilah kawasan yang sesuai untuk tidur yang mana tidak menghalang laluan jika tidak mahu menyewa bilik hotel. Ini tidak, ada netizen yang terpaksa mencari tempat lain untuk duduk kerana kerusi dipenuhi oleh mereka yang sedang tidur.  

Walau dimana kalian berada, jagalah adab dan hormati hak orang lain juga. Jangan mementingkan diri dan membuat anggapan sendiri demi memenuhi keperluan diri. Setuju tak? - CARI 

22

Bagus
35

Marah
20

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 9-10-2018 12:20 PM
lerr..benda mcmtu pun jadi isu ke?? biasa je
Quote Artemesiaa 9-10-2018 12:23 PM
Well said selalu nampak puak2 bergelimpangan cam ni di KLIA kalau flight awal pagi pun ramai.  Kok ya pun nak tidur carilah spot yang sesuai bukan main baring atas kerusi macam tu.  Nak2 kalau kawasan tu tak banyak kerusi untuk menunggu disediakan.  Fikirkanlah pengguna lain yang nak mengunakan kemudahan tu sama bukan hanya fikir keselesaan diri sendiri je.
Quote Levespa 9-10-2018 12:27 PM
memang akan elak flight awal pagi walau ke mana pun.. tapi kalau terpaksa memang akan cari hotel dekat2 airport.. kalau nampak org tidur mcm ni rasa kesian la jugak..

faham la point dia ada betulnya apa yg dia kata tu.. tapi rasa mcm tak sesuai nak samakan  dengan pengemis.. lagipun 4 org satu kerusi tak la teruk sgt..  lain la kalau semua kerusi dlm airport tu penuh sampai ada org  kena berdiri sebab satu kerusi extra yg diorang ambik tu.. kalau nak viral pun, viral yg jenis sorang ambik 4 kerusi tu
Quote faraway1 9-10-2018 12:36 PM
Edited by faraway1 at 8-10-2018 11:37 PM

yang guna sleeping bag tu, lagi best tidur atas lantai dari camtu..

anyway mungkin flight pagi atau sampai tengah malamm
atau connect. flight kemudian tapi boleh tidur dulu...

pernah buat sekali, kat ahmedabad airport..
sampai airport pagi buta, flight petang,
tapi tak da mood nak keluar pergi memana..
memang kami lelap sepanjang hari nak nak
panjang lagi perjalanan selepas itu...

ahmedabad - delhi - swiss - toronto - quebec.
Quote chicozinn 9-10-2018 12:48 PM
alahai, si tok lip ponen siap makan berhampar tikar dok 1 family kat airport..lagi la pprt punya prangai walaupun jutawan..
Quote drivethru 9-10-2018 12:56 PM
Pernah jer buat kat airport bali n incheon. Banyak jer kerusi kosong. Berapa orang sangat lah yg tido kat epot tu. Bagi aku lebih baik tido kat kerusi dari tido dalam surau.
Quote fushimi 9-10-2018 03:21 PM
tengah tengah malam memang banyak kerusi kosong kat airport

apa salahnya dia nak tidur bukan ganggu orang lain pun

suka hati je puki hanat ni cakap orang pengemis
Quote nishikido 9-10-2018 03:45 PM
Kalau situasi ni rasanya bukan isu besar pon..faham kadang kita bajet ketat,nak berjimat selagi boleh..setakat nak tido 5-6jam rugi kalau book hotel,kita nak lelap mata kejap je pon.. lagipon waktu malam bukan ade orang sangat.yg masalah sekarang ni jenis traveller/backpackers yg mengemis sambil pegang kotak tulis support our trip.jadah hapa..mat saleh ramai buat gini.ko nak beronggeng acah travel the world tapi harap duit orang,sila pupus dan jangan membiak..bulan lepas ade urusan di terminal bas selatan ternampak satu couple orang putih ngemis camni lah.muka memasing tak mandi,yg lelaki muscular tapi gigih duk termenung tengok orang lalu lalang je sambil minta derma..i jelingkan aje.tak jauh dari situ ade pakcik buta,i hulur sambil pandang mamat tu dengan muka sinis,he cepat2 pandang tempat lain..harap he faham mesej i dari mata rika sumanto i nih
Quote matkpop 9-10-2018 03:55 PM
biasa jumpa traveller camni
Quote goss79 9-10-2018 03:58 PM
eh kat klia 2 area arrival tu i pernah nampak satu area kat tepi tu bergelimpangan manusia tido. mostly indians. masa tu dlm pukul 1.30am.. tu mmg disediakan ke camne ek.
Quote Veneer 9-10-2018 04:32 PM
Kene la bersikap mcm ni kalau tak, tak ckup la duit nak duduk tempat yg grand. Nak post pic kat insta kan, kene la nmpak mewah.
Quote Delfina 9-10-2018 09:47 PM
Edited by Delfina at 9-10-2018 09:49 PM

Yang kecoh pasal ni mesti yang baru2 je merasa naik flight. Kat mana2 pun adalah gini. Specially orang yang pilih red eye flights. Masa I study, I pernah sekali je tido kat hotel then pegi klia. Tak feasible in the long run. Berapa hinggit pulak transportation tambah hotel. Leceh pun leceh. Dari duduk hotel budget yang shady baik tunggu kat airport, safer. Selalunya direct ke airport terus. Iols masa study dulu malam dari melaka naik bas ke klia dengan sepupu and kawan2 yang sama study. Flight awal pagi. Weols memang jalan2 or nap sekejap je kat kerusi2 banyak2 tu. Ramai je yang tidur situ tak kira local ke foreigner ke tua muda ke. Sebab flights ada 24 jam ya. Yang dari kecik sampai besar duduk setempat je jangan taktau ya.

Now I tengok kerusi KLIA makin kurang. Maybe untuk elakkan orang tidur merata. Nasib baik now ada air asia, ada direct ke hometown I. So I think kurang la students tido airport, tak macam masa I dulu kitorang memang MAS je takde option lain. Dulu harapkan MAS je dengan daily direct flightnye ke hometown I. Tapi i still prefer klia sebab tak secrowded klia2.
Quote ~boolean 10-10-2018 12:01 AM
Kerusi banyak atau tidak,
Aku tetap takkan buat pe'el begini..

Walaupun orang tak ramai atau masih banyak kerusi kosong,
Tapi kita ni hidup biarlah beradab..
Tidur duduk kan boleh...
Quote ayjay 10-10-2018 02:30 AM
Orang yg tidur kat airport macam ni bukannya siang dia berjalan jalan then malam tidur airport, esok siang jalan lagi, malam balik tidur airport. Tapi ada flight awal pagi. Atau transit.
Siapa selalu travel the world tahulah unless you travel business atau first class oklah ada special lounge atau ada duit nak tidur hotel airport yg mahal gila.
Kalau kat istanbuk airport contohnya, memang kalau malam, penuh orang tidur. Atas kerusi, atas lantai.
Ada juga forum yg bincang dan share tips pasal tidur airport. Airport mana bagus tidur malam. Bahagian airport mana best. Ikut airportlah.
Kalau mereka buat begini waktu siang hari tatkala orang ramai barulah tak patut tapi tak pernah lagi jumpa.
Selalu org start buat ni after midnite and by 6am paling lambat pun bangun dah.
Quote batmana 10-10-2018 07:08 AM
yg kata pengmis ni.jenis sombong.tk pnah merasa hidup susah.tk pnah bergaul,bantu pngmis dluar.biasa stok2 cmni masih hidup dbawah ketiak mak dia
Quote Idgaf 10-10-2018 10:43 AM
idok la masih duduk bawah ketiak mak lagi. and pernah rasa susah jugak. and still rasa mende2 camni mengjengkelkan.

and bukanla baru baru nak merasa naik flight.

agree to disagree suda. da hakikatnya memang menyemak pom.
Quote Lagubestbest 10-10-2018 06:58 PM
Tak suka tengok g charter private jet la. Berlagak.
Quote asyura_85 10-10-2018 10:35 PM
Apa masalahnya?  Budak ni sure tak pernah fly guna airport kt Europe..kot  kalau kat Europe tu mat mat salih tu siap bentang sleeping bag tgh jalan ye..tgh jalan..takde nye atas kusi dh sbb kusi dh penuh..takde orang pun heran..aku pun byk kali buat cmni gak.. sbb nak kejar flight pagi dan lagi satu..kalau kau nye flight kol 6 am..kau smpai dr city lain kat airport tu kol 12 tgh mlm takde nye kau pi sewa bilik la weh..siapa nak bazirkan 50 euro or more utk sewa bilik yg jauh dari airport (hotel area airport biasanya mahal gila)..mana ada public transport gerak pepagi buta tu..berlagak tak igt dak tu..kena kat batang idung sendiri..padan muka kau..tu tak tolak flight kena cancel lg..ada masa kau nak pk pi sewa bilik lain dengan dh penuh nya..dengan tak ready nye..aku sebagai traveller tegar mmg banned budak2 poyo cmni.

Kitorg pernah bentang scarf je tidur kat Airport Casablanca..sbb flight pg kol 6 (to Lisbon) tp smpai dari Marrakech kol 11 mlm..then ada sorg pakcik ni..pakai suit siap..memula cm segan nak join last2 aku nampak dia pun bentang kain apa ntah pun join kitorg baring kt sbelah haha..kat Vienna pun pernah tp time tu kitorg lepak kat kerusi je..kt Airport London tu lagi la selalu sebab biasanya flight mmg pepagi buta..

Untuk pengetahuan budak poyo ni..mmg ada je airport yg dibuka malam2 tu utk kemudahan org2 yg nak catch flight pagi ni utk tidur situ..kalau guard dia lalu pun derang tak marah..yg kau nak over kenapa? pi travel luar dulu la baru faham..stakat turun bandung turun jakarta nak borak cam dah travel the world..mmg ketah*ian la sangat
Quote asyura_85 10-10-2018 10:35 PM
Lagubestbest replied at 10-10-2018 06:58 PM
Tak suka tengok g charter private jet la. Berlagak.

See..ada gak orang sama  pemikiran ngn I..tak suka mintak mak abah buatkan satu airport utk u..sure takde orang tidur2 cmni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.094172 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top