CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Akibat Makan Laksa?

9-10-2018 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20642| Komen: 140

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua kes kematian dipercayai akibat memakan laksa di sebuah gerai di Kampung Landak Kupang, Baling, manakala, 17 yang lain keracunan makanan.


Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail, 10 kes keracunan berlaku di Kedah, sementara sembilan kes berlaku di Perak dengan dua mangsa dilaporkan meninggal dunia.


Gambar Hiasan

"Siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah berkaitan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan JKN Perak untuk mengenalpasti kes-kes yang mempunyai gejala Keracunan Makanan (KRM) dan terdedah kepada makanan yang sama.

"KKM ingin menasihatkan orang ramai yang mempunyai gejala KRM untuk segera mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.


Tambahnya, premis terbabit ditutup sementara bagi membantu siasatan mengenalpasti punca berlakunya KRM.

"Beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal dan sedang menunggu keputusan.

"Orang ramai diminta supaya tidak khuatir kerana kejadian wabak ini adalah terkawal dan disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan," katanya. - CARI
20

Bagus
26

Marah
20

Terkejut
26

Sedih
17

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 8-10-2018 09:35 PM
GERIK - Seorang ayah tidak menyangka hidangan laksa kegemaran ahli keluarga dipercayai menjadi punca kematian anak lelaki keduanya, Sabtu lalu.

Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.



“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.

“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.

Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.

“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.

“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Buang air besar lebih 20 kali

Sementara itu, seorang lagi mangsa keracunan makanan, Norliza Shaari, 46, dari Kampung Kerunai, di sini tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu dipercayai membawa kepada kehilangan nyawa ibunya.

Norliza berkata, ibunya, Allahyarham Raseah Ali Musa, 70, cirit-birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi, Sabtu lalu selepas makan laksa bersamanya, petang Jumaat lalu.

“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan Allahyarham emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya.

“Sampaikan Allahyarham emak dimasukkan ke Hospital Gerik pada waktu awal pagi Sabtu, manakala saya menyusul pada jam 10 pagi,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.

“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Ipoh pada jam 9 malam semalam. Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi tadi,” katanya.

Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.

“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.

“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.

Lebih 10 individu dirawat di Hospital Gerik

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keracunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.

Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.
Quote JohnnySins 8-10-2018 09:35 PM
penduboq2 etis kata kalau mati ni punca dia tak ikut SOP yang perfect...lobai bodolgemok pun habaq benda yang sama..dia kata kat spitai dia..kalau setiap kali ada yang mampuih...doktoq2 akan kemaihkini SOP supaya tak dak KEMATIAN BERIKUTNYA mahupun boleh MENGURANGKAN risiko kematian.....tak sangka sains perubatan ni kejam...dah ramai yang mati tapi SOP masih lagi tak perfect nak mengelakkan kematian manusia....la ni semua mengaku depa pandai tau pasai SOP..depa la..saya dak...saya hanya follow rahmatan lil alamin...wakakakakakkakakak
Quote famri7 8-10-2018 09:56 PM
Style peram di rumah ingt boleh sembuh sendiri..ujng2 cash ke sis?
Quote munchkin 8-10-2018 10:56 PM
Edited by munchkin at 8-10-2018 10:58 PM

Bukan aku nak kata apa. Tapi aku kata jugak.

Beri ubat cirit birit?????? Are you kidding??????


Ubat cirir birit tu menahan dari cirit tu keluar. Cirit or muntah keluar adalah reaction badan utk buang toksin.

Mil and bil pun pernah keracunan. Pi bawak emergency. My mil hospitalized pakai pamper. Diberi ubat tahan cirit tahan muntah. Worstttt. Bil i dah ok discharged. Sambung cirit dia rumah.

I kasi tahu my spouse belikan charcoal. My bil makan pastu berak dan ok. Hantar pill charcoal kat my mil. Lepas tu dia ok. Hospital tak bagi pun pill charcoal. Ni bukan keracunan bakteria ye.

Yang keracunan bakteria harusnya buat blood or stool test. Kasi antibiotik. Bukan bagi ubat tahan cirit or tahan muntah. No wonder ada orang meninggal. Badan lain2 so reaksi tak sama. Ada yg survive and yg tak tahan tu mati.

Mcm kes my bil mil. Mil masuk spital dekat 7 hari. My bil discharge the same day.

Ingat ye sepsis you only have 48 hour window utk treat.
Quote merrissa 8-10-2018 11:29 PM


bahaya nya if kedai x jaga kebersihan dalam menyediakan makanan....

dah la meyebabkan kematian....
Quote moonbug 8-10-2018 11:38 PM
Dahsyatnya penangan laksa kedai tu sampai 2 orang meninggal . Lalat dah bertelur bersarang kot dalam laksa tu. Apa nama kedai?
Quote Vokuro 8-10-2018 11:42 PM
Laksa babi ke laksa arak?
Quote famri7 8-10-2018 11:46 PM
munchkin replied at 8-10-2018 02:56 PM
Bukan aku nak kata apa. Tapi aku kata jugak.

Beri ubat cirit birit?????? Are you kidding??????

Ummaj kita mana ada awareness sebegini sis..paling2 pon bg pil cikit tek aummm..kalau dah nazak jumpa bomoh kampung..sebab kalau pg jumpa dktor sakit cirit brit diorang segan kena hencao...last2 mereput dirumah.
Quote famri7 8-10-2018 11:47 PM
Makan babi pon xmati..ini laksa makanan suci boleh mati..halal ke?
Quote Victorioussss 8-10-2018 11:49 PM
Mesti sohai bc berita ni dan ckp dlm hati "noob sgt xreti masak laksa smpai keracunan kihkih slurpp" smbil menghirup laksa berbuihnya itu
Quote munchkin 8-10-2018 11:53 PM
Edited by munchkin at 8-10-2018 11:56 PM
famri7 replied at 8-10-2018 11:46 PM
Ummaj kita mana ada awareness sebegini sis..paling2 pon bg pil cikit tek aummm..kalau dah nazak ju ...


Pi hospital pun depa bagi ubat tahan cirit. Mana boleh sis you are suppose to let toxin out bukan tahan toksin dari keluar.

Pakaikan pamper. Masuk air elektrolit. Pump charcoal utk serap toksin tu.


Elok biar cirit muntah keluar. Selagi toksin ada dalam badan selagi tu akan cirit dan muntah.

Sebaiknya minum air kelapa makan charcoal utk neutralize balik. I dont apa ada air kelapa tapi mmg works utk keracunan.

Kalau di overseas aunty i kata depa tak kasi ubat cirit or tahan muntah tu. The worst utk berikan tahan cirit muntah. Toksin built up dalam body.
Quote Orix 8-10-2018 11:54 PM
Vokuro replied at 8-10-2018 11:42 PM
Laksa babi ke laksa arak?

Amboiiiii sarcasm level dewa yach ! I loikeee
Quote munchkin 8-10-2018 11:59 PM
Laksa ada telur kan? Most probably telur ayam tak basuh. Cross contamination perhaps. Or keracunan bakteria lain.

Apa kondisi dan reaksi patient? Setiap bakteria hasilkan toksin berbeza.
Quote jofizo 9-10-2018 12:01 AM
Dia guna ikan buntal ke buat kuah...
Quote she 9-10-2018 12:16 AM
Kuah laksa tu berulat ler tewwwwww

Lalat dah siap mandi buih dalam tu
Quote whitePoison 9-10-2018 12:33 AM
Mesti dia peram lama kuah tu..kalau tak habis panaskan lagi lagi lagii Nak2 kuah tu dah tercemar dengan lalat
Quote MadameOnion 9-10-2018 11:20 AM
acik2 juai laksa kata kuah laksa lagi peram lagi sedap..tu sbb i jarang makan laksa kat luaq..kalau teringin sangat masak sendiri ja..sbb pernah kena cirit birit lepas makan laksa..alhamdulillah masih hidup lagi sbb i pun tak pi klinik or hospital
Quote MadameOnion 9-10-2018 11:21 AM
Victorioussss replied at 8-10-2018 11:49 PM
Mesti sohai bc berita ni dan ckp dlm hati "noob sgt xreti masak laksa smpai keracunan kihkih slurpp" ...

i wonder sohai peram kuah laksa dia berapa tahun agaknya..dah la laki laki bini pongotor pemalas periuk mesti tak basuh pastu masak kuah lain pulak...eeuuuwww
Quote pumpkingirl 9-10-2018 11:30 AM
Edited by pumpkingirl at 9-10-2018 11:32 AM

Tular dlm group whatsapp i katanya berpunca dr salad beracun penuh pesticide tu..entahle.
Tuggu siasatan.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.088658 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top