Sejak ia mula dibuka pada tahun 2014, restoran Chequers yang terletak di Taman Tun Dr Ismail sentiasa mengolah menu sajian mereka dan pada tahun lepas, beberapa menu telah diperkenalkan sesuai dengan trend makanan masa kini.
Jika pada awalnya mereka menghidangkan waffle untuk para pelanggan, kini anda boleh meniikmati menu lain dan antara yang wajib ialah chilli poppers (RM10). Untuk menu ini, cili hijau segar yang disumbat tuna digunakan dan digoreng rangup. Selain itu anda juga perlu pesan kentang goreng cili berkeju (RM13) iaitu gabungan kentang goreng dan sos yang sungguh enak. Kentang disediakan bersama kulitnya agar ia lebih rangup. Bagi penggemar burger dan mac-&-cheese, pernah tak anda makan gabungan kedua-duanya? Jika tidak, di sinilah anda boleh menikmatinya! Menggunakan pati daging striploin Australia dan dilapisi dengan bakon daging dan mac-&-cheese, ia dihidangkan bersama sos pedas bersama roti bijan yang tebal (RM30 termasuk kentang goreng & salad). Restoran ini tidak menghidangkan hot dog namun ada yang lebih baik dan unik daripada itu iaitu corn dog!. Corn dog juga merupakan salah satu makanan jalanan popular di Amerika dan jarang didapati di Kuala Lumpur. Ia merupakan sosej ayam atau daging yang dilapisi dengan tepung jagung yang manis dan digoreng rangup. (RM16) Lokasi: Chequers TTDI 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Buka: Khamis-Selasa, 8am-11pm. Tel: 03-7733-3068 Jom sambut hari jadi yang tersayang di Chequers! Pasti membuahkan kenangan manis dan perut yang kenyang! -CARI
|
40
Bagus |
31
Marah |
48
Terkejut |
41
Sedih |
35
Lawak |
46
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT