CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Telefon Pintar Google Pixel 3 Bakal Tangani Masalah Panggilan Telemarketing

18-10-2018 03:56 PM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 2803| Komen: 2|Original author: Oleh: CSuy

Siapa yang tidak bengang apabila bertalu-talu menerima panggilan berbentuk telepemasaran? Hari ini ada pihak telepemasaran yang mengaku mewakili pihak bank. Esok terima pula panggilan daripada individu yang mengaku mewakili syarikat kenderaan yang anda pandu. Macam-macam helah pihak telepemasaran ini.

Dalam usaha untuk melindungi pengguna telefon pintar Google Pixel dari panggilan-panggilan seumpamanya, pengurus produk Google Pixel Liza Ma telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Call Screen, ciri keselamatan terkini yang mampu menangani masalah panggilan telepemasaran yang tak diundang. Ciri ini diperkenalkan sewaktu majlis pelancaran rasmi Google 2018 yang telah berlangsung pada 9 Oktober 2018 di New York, Amerika Syarikat.

Kredit foto: Instagram raghavanms555


Menurut The Verge, Call Screen membolehkan fungsi Google Assistant menguruskan panggilan-panggilan yang tak diundang. Pemanggil akan dimaklumkan terlebih dahulu bahawa penerima panggilan menggunakan perkhidmatan penapisan panggilan dari Google, dan beliau akan diminta untuk menyatakan nama dan sebab panggilan tersebut dilakukan.
Kredit foto: Instagram PhoneandPadWarehouse

Memetik Business Insider, ciri Android ini bertindak secara aktif dengan menjawab panggilan tersebut dan menyediakan transkripsi panggilan yang diterima secara masa nyata (real time). Sebelum ini, pengguna Google Pixel akan menerima amaran sekiranya mereka menerima panggilan dari nombor-nombor yang dikategorikan sebagai spam. 


Call Screen meningkatkan lagi keupayaan penapisan panggilan yang sedia ada. Walaupun demikian, keberkesanan ciri baru ini masih belum terjawab dalam aplikasi dunia sebenar. Ini kerana perkhidmatan telepemasaran menggunakan pendekatan dengan mengkatalogkan pangkalan data nombor-nombor telefon yang telah dihubungi. Mereka menandakan nombor-nombor telefon yang menjawab panggilan mereka agar nombor-nombor ini menjadi sasaran untuk sebarang aktiviti telepemasaran yang seterusnya.

Kredit foto: Pixabay

Selain itu, perkhidmatan telepemasaran juga sering menggunakan taktik perdayaan nombor (number-spoofing) yang berupaya menyembunyikan identiti pemanggil dan menjadikan usaha untuk menandakan nombor pemanggil sebagai spam menjadi lebih sukar. Lebih memburukkan keadaan, sekiranya pihak telepemasaran menandakan penerima panggilan yang menggunakan Call Screen, ia akan mengundang lebih banyak panggilan telepemasaran di masa hadapan.

Buat masa ini, ciri Call Screen ini akan diperkenalkan bersama telefon pintar Google Pixel 3. Memetik Lowyat.Net, telefon pintar Google Pixel 3 akan dijual bermula pada harga USD 799 (RM 3317) manakala harga telefon pintar Google Pixel 3 XL bermula pada USD 899 (RM 3733), kedua-duanya bagi kapasiti storan 64GB.
Kredit foto: Instagram raghavanms555

Selain itu, Google turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Call Screen ke dalam semua variasi telefon pintar Google Pixel pada bulan hadapan. Ciri ini pasti menarik minat pengguna telefon pintar yang berasa tidak selesa apabila diganggu oleh panggilan-panggilan telefon berbentuk telepemasaran. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-10-2018 05:58 PM
Artikel yg ada kelainan. Banyakkan lg macam ni. Good job tt
Quote Jorja 18-10-2018 10:24 PM
I prefer ignore or decline aja..tak mau kasi panjang cerita

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.177872 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top