Seorang wanita didakwa pada Selasa selepas dia dituduh menculik remaja lelaki berusia 13 tahun dan mengurung mangsa di rumahnya di Greater Noida, India, lapor The Indian Express.
Lebih menakutkan, wanita itu mencederakan alat sulit mangsa dengan penyepit panas kerana enggan melakukan seks dengannya. Kejadian dilaporkan berlaku di perkampungan Chapraula, namun wanita berkenaan dipercayai telah menghilangkan diri. Ibu mangsa mendakwa wanita terbabit yang juga dari kawasan kejiranan mereka sudah beberapa kali menggoda anaknya. "Wanita yang sudah berkahwin itu berusia lewat 20-an dan dia telah menggoda mangsa untuk ke rumahnya pada tengah hari Jumaat ketika dia berseorangan," kata polis.
Menurutnya, aduan dibuat pada Selasa dan wanita berkenaan didakwa atas kesalahan mencederakan mangsa dengan niat menggunakan senjata, menculik dan mengurung serta melakukan ugutan jenayah. Suspek yang menghilangkan diri juga didakwa di bawah Perlindungan Kanak-kanak dari Kesalahan Seksual (POCSO). "Polis sedang menyiasat perkara itu dari semua sudut dan kelewatan dalam membuat laporan polis menyebabkan beberapa persoalan tidak terjawab," katanya. - CARI
|
22
Bagus |
17
Marah |
23
Terkejut |
15
Sedih |
20
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SWORKS27 replied at 10-10-2018 08:45 AM
aiyoyooooo...aku bayangkan tu adalah aci gempal gedempol, rambut kerinting ada bau2 kari sikit....
ADVERTISEMENT