Dua remaja lelaki ditemui mati dalam sebuah Perodua Myvi, pagi semalam. Memetik Astro AWANI, dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, kedua-duanya berusia 19 tahun ditemui sudah meninggal dunia di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya Kampung Jaya Baru, Kinabatangan. Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian. "Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta berwarna putih diletakkan di tepi jalan. "Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).
"Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak," katanya. Menurutnya, anggota bomba dipanggil untuk membantu selepas usaha membuka pintu gagal. Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan luaran dan disahkan meninggal dunia di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang berada di lokasi kejadian. Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat. - CARI
|
19
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
24
Sedih |
14
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sashasam replied at 11-10-2018 02:22 AM
Mungkin bunuh diri berdua-duaan ? Wallahualam.
tumpanglalu74 replied at 11-10-2018 02:46 AM
Cinte terhalang kah? Homai..
ADVERTISEMENT