Selalu nampak pita (tape) berwarna-warni bertampal-tampal pada tubuh atlet ketika mereka bersukan, cuma ramai masih tak tahu apakah kegunaannya. Bahkan, masih ramai mendakwa ia hanya sekadar gaya tanpa sebarang fungsi. Secara jujurnya, pemain atau jurulatih yang tidak begitu mengikuti perkembangan sains sukan agak kurang setuju apabila ada yang mengatakan ia mampu meningkatkan prestasi atlet dan menyangkal bahawa ia adalah perkembangan teknologi sains dalam bidang sukan. Antara nada sinis yang sering dilontarkan apabila tape ini dipakaikan kepada seorang atlit, "Eleh, ni gaya je lebih, bukan ada apa pun. "Dulu-dulu takde pun benda ni, pasukan bola sepak kita sampai juga ke Olimpik.
"Lagenda bola sepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari mana pernah pakai benda ni tapi mat saleh gerun dengan dia," antara respon sinis orang ramai. Tidak kurang juga dengan nada yang lebih sopan bertanya, "Benda ni berangin ke bila pakai. "Kenapa pakai sekejap je dah tanggal, macam barang tak elok je," dan banyak lagi pandangan lain tentang tape ini. Mari kita bercerita serba sedikit tentang tape ini yang merupakan salah satu daripada inovasi hasil perkembangan ilmu sains sukan. Dr Kenzo Kase, seorang pakar otot dan saraf dari Jepun merupakan individu yang bertanggungjawab mencipta tape ini yang dikenali sebagai kinesiology tape. Namun, nama kinesiology tape ini mula dikenali selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China apabila seorang atlet bola tampar Amerika Syarikat (AS) menggunakannya di bahagian bahu. Walau apa jua yang diperkatakan mengenai tape ini, ia tetap membawa kesan positif kepada atlet itu sendiri terutamanya apabila ia melibatkan bahagian otot. Tape ini mampu: i- Memperbetul dan menjajarkan kedudukan otot yang sakit ii- Mengurangkan kesakitan otot dengan memperbaiki aliran dan peredaran darah iii- Meningkatkan tahap keyakinan atlet Bagaimana kinesiolgy tape ini berfungsi? Kinesiology tape tidak mempunyai rasa dingin, sejuk atau berangin apabila dipakai sepertimana 'koyok', namun yang menjadikan tape ini istimewa adalah corak yang terdapat di belakangnya di mana ia direka bentuk berdasarkan corak aliran darah dan otot dalam anatomi tubuh manusia. Tape ini sememangnya bukan sekadar gaya, bahkan ia kini merupakan antara keperluan bagi seseorang atlet sebelum masuk ke medan masing-masing. Tidak hairanlah sehingga kini, begitu ramai atlet menggunakannya dalam pelbagai acara sukan, antaranya Gareth Bale & Alexis Sanchez (Bola sepak), Novak Djokovic dan Li Na (Tennis), Dato Lee Chong Wei dan Jan O Jorgensen (Badminton), Pandalela Rinong (Terjun) serta James Harden (Bola keranjang). Ada yang sudah pernah pakai tape ini? Kongsikan sedikit pengalaman anda di ruangan komen. - CARI
|
24
Bagus |
21
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orgkgdukobesi replied at 15-11-2018 11:28 AM
Adakah fungsi nya sama seperti Koyok (heat strip) atau yoko yoko?
LostStar replied at 15-11-2018 11:30 AM
Saya pernah pakai... tak de rasa berangin apa pon.. dia tahan 3 hari.. dia melegakan otot..
Nonones replied at 15-11-2018 11:36 AM
I pernah pakai, mmg otot rasa lega sikit.
kikuri replied at 15-11-2018 12:28 PM
i ada benda ni tapi tak tau pakai cemana... aci tempek je ke cemana?
ADVERTISEMENT