CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Kucing Derita Ditinggalkan Dalam Rumah, Wanita Didakwa

12-10-2018 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12570| Komen: 99|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan penderitaan terhadap enam ekor kucing yang ditinggalkan di dalam sebuah rumah.

Tiga daripadanya didapati telah mati. 


Foto: Utusan online
Orang kena saman (OKS), Nur Atikah Dzolkipli, 27, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Sri Sinar, Segambut  kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 17 April lalu.

Utusan Online melaporkan, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Foto: NSTP
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Hasiah Musa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan.

Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. 14 November ditetapkan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam. -CARI

15

Bagus
24

Marah
22

Terkejut
27

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 12-10-2018 02:39 PM
hoi! aku kenal perempuan ni. dia tipu duit aku RM400. nama n muka memang sama..adoi la. memang aku takkan dapat la duit aku sampai bila-bila kalau camni
Quote multinicky 12-10-2018 02:50 PM
prizadane replied at 12-10-2018 02:39 PM
hoi! aku kenal perempuan ni. dia tipu duit aku RM400. nama n muka memang sama..adoi la. memang aku t ...

tipu pasal ape?? so edisi cash buat beliau la kan
Quote Minami2013 12-10-2018 02:57 PM
Edited by Minami2013 at 12-10-2018 06:59 AM

Kat depan rmh i ni jiran bela kucing 6-7 ekor kot. Masalah nya since jumaat lepas dpn pagar pulak tpt kucing2 tu membuang. Dah dkt 7 hari keje dok cuci najis2 kucing tiap2 pagi. Stress ok
Quote kikuri 12-10-2018 03:06 PM
die buat apa ngan kucing tu...?
Quote meklalala 12-10-2018 03:11 PM
soalan sama nak tanya, dia buat apa kat kucing tu? siapa yang report? mana hati dan perasaan dia? mana sifat keperihaiwanan dia?
Quote fushimi 12-10-2018 03:13 PM
kawan aku selalu mengadu kat aku pasal jiran dia yang bela kucing ramai pulak tu

bau  taik kucing merata rata

kalau macam ni punya kes kalau report kat jkk boleh ke

family kawan aku tu taknak lah sapa jadi gaduh jiran tetangga

Quote saviour_09 12-10-2018 03:23 PM
mampos la ko!
kalo dera naya binatang ni memang patut mampos!
pendoggie agama bertudung labuh hati busuk!
Quote saviour_09 12-10-2018 03:26 PM
berkilat nya muka PO vet itu

pencuci muka timbang kilo?
Quote mesmerize 12-10-2018 03:29 PM
ai rasa dia kurung kucing2 dalam carrier kecik tu 5-6 hari tanpa makanan n minuman kot
macam kes pet boarding apa nama tu lupa dah
Quote prizadane 12-10-2018 03:48 PM
multinicky replied at 12-10-2018 02:50 PM
tipu pasal ape?? so edisi cash buat beliau la kan

dia jual barang on9. so aku pun beli la sebab dia kata dia trusted seller. sekali nan hado..berbulan aku cari sampai terpaksa pm fb adik-beradik n bapak dia. dia kata dia tengah susah n terpaksa menipu. n thsi perempuan cakap yang dia tengah nak bercerai dgn husband dia yang mat pit. n family dia buang dia. n dia terpaksa berhenti kerja sebab takde duit sgt dah
Quote namirulmukminin 12-10-2018 03:58 PM
Minami2013 replied at 12-10-2018 02:57 PM
Kat depan rmh i ni jiran bela kucing 6-7 ekor kot. Masalah nya since jumaat lepas dpn pagar pulak tp ...

Aku bagi ko 1 petua kalu taknak bagi kucen2 tu berak depan umah ko.. Ko isi air dan sirap dalam 2 ke 3 biji botol air Coke ke pepsi yg 1.5 liter tu... Sirap bagi pekat skit merah dia tu.. jgn kedekut tau... tak payah la letak gula... itu kalu ko nak minum.. Pastu ko letak botol2 tu susun depan pagar rumah ko dekat2 dgn tempat yg kucen selalu berak tu.. InsyaAllah takde kucen berak situ lagi dah... Aku dah cuba memang menjadi...
Quote Foxey 12-10-2018 04:27 PM
kalau tak sanggup atau mampu bela cats, please jangan bela cats.
Quote leylapple 12-10-2018 04:33 PM
prizadane replied at 12-10-2018 03:48 PM
dia jual barang on9. so aku pun beli la sebab dia kata dia trusted seller. sekali nan hado..berbul ...

orang nak menipu byk betul alasan yer....
Quote mizruncing 12-10-2018 04:45 PM
hishhh awat lagu tu. klu taknak jage kucing tu lepaskan jelaa
Quote snazzydaisy 12-10-2018 04:49 PM
namirulmukminin replied at 12-10-2018 03:58 PM
Aku bagi ko 1 petua kalu taknak bagi kucen2 tu berak depan umah ko.. Ko isi air dan sirap dalam 2  ...

Meow2 tu semua akan takut dgn sirap merah?
Quote munchkin 12-10-2018 04:58 PM
prizadane replied at 12-10-2018 03:48 PM
dia jual barang on9. so aku pun beli la sebab dia kata dia trusted seller. sekali nan hado..berbul ...

Dia jual apa?
Quote multinicky 12-10-2018 05:10 PM
prizadane replied at 12-10-2018 03:48 PM
dia jual barang on9. so aku pun beli la sebab dia kata dia trusted seller. sekali nan hado..berbul ...

mak aiiii.. sheols gebang je ke or btul2 susah? tp klu betul pon xkan smp nk menipu org.. sah2 kali ni edisi cash buat beliau
Quote prizadane 12-10-2018 05:13 PM

tab. aku nak beli utk anak aku tab murah-murah je pakai instalment masa tu. bayar 2x..sekali barang pun tak dapat. dia buat style ala-ala kutu
Quote prizadane 12-10-2018 05:16 PM
multinicky replied at 12-10-2018 05:10 PM
mak aiiii.. sheols gebang je ke or btul2 susah? tp klu betul pon xkan smp nk menipu org.. sah2 kal ...

tak tahu la betul ke tak. kes aku ni bulan 12 tahun lepas. tapi aku ni jenis pemaaf..so aku kata takpe, ada duit bayar la. then dia share screenshot conversation dia n n husband n family dia. husband dia memang mat pit...siap kena tahan serenti lagi. takde anak. n family dia memang marah naw dekat dia. based on her story, family dia kat langat. last aku contact dia mintak duit aku pas raya hari tu, tapi memang tak dapat la.
tak sangka pulak dia ada kes sampai menyiksa kucing. haih la...cuma yang bagus dia ni, dia tak lari bila aku contact dia. dia akan reply camne pun. so aku rasa kucing tu tersiksa sebab dia pun dah takde duit nak kasi makan..entah la. tapi kalau aku jadi dia, aku lepaskan je kucing tu kat orang lain

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.208072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top