Kejayaan filem Paskal mencatat kutipan RM22 juta dalam masa 18 hari memang membuka mata ramai pihak. Bergenre aksi tanpa sebarang adegan cinta meleret membuatkan filem ini berjaya menembusi hati penonton yang dahagakan filem berkualiti. Apatah lagi apabila ia diarahkan oleh anak muda berbangsa Cina, ramai mula membandingkan hasil kerja Adrian Teh dengan pengarah Melayu. Antara yang menjadi bahan perbualan ialah bagaimana seorang pengarah bergelar profesor di sebuah universiti awam mengarah filem yang langsung tidak berkualiti. Individu yang dimaksudkan ialah Prof.Datuk Razak Mohaideen yang membikin filem Badang tetapi gagal di pasaran. Netizen ini mempersoalkan kelayakan Razak Mohaideen. Yang ditimbulkan ialah kredibiliti Razak ketika mengarah, kenapa tidak menghasilkan filem berkualiti seperti yang diajarnya di dalam kelas. Namun, ramai pula pelajar universiti tersebut terasa hingga mengatakan netizen tersebut mahu menyalahkan produksi universiti dalam menghasilkan filem Badang. Namun, bagi yang rasional, mereka menyatakan bahawa Razak sesuai mengajar sahaja dan bukannya mengarah. "Bagaimana Prof.Razak mendapat dana UITM yang banyak tetapi hasilnya sampah. Tahukah anda, CEO UITM itu ialah abangnya?" Timbul pula isu bahawa kutipan tiket Badang hanya mampu mencatat RM68,816.17 berbanding kos pembikinannya iaitu RM2.5 juta. Sangat tidak berbaloi walaupun dikatakan ramai pelajar fakulti tertentu dipaksa menonton filem tersebut. "Filem Prof banyak syok sendiri, pelakon sama, lawak basi." Ramai juga yang menyatakan Razak Mohaideen gagal mengikut citarasa audien terkini dan tidak mahu berubah. Ini kerana filem-filem lamanya seperti Anak Mami, Lady Boss, Jutawan Fakir boleh diterima untuk zaman itu sahaja. Tetapi, seiring dengan perubahan zaman, formula sama tidak lagi boleh digunapakai. Oleh itu, bagi penonton di zaman media sosial ini, mereka mengharapkan filem yang mencabar kemampuan mereka berfikir atau pun setanding dengan filem berkualiti di luar negara. Jadi, adakah Razak Mohaideen dengan Adrian Teh ada persamaan? Ya. Mereka berjaya membuat filem box-office pada zaman mereka sendiri. Namun untuk terus kekal relevan sepanjang zaman, setiap pengarah perlu mengikut peredaran zaman bagi memastikan produksinya berjaya. Janganlah pula berkata, penonton yang perlu mengubah diri mereka. Jadi, kita sama nantikan buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor ini. - CARI |
16
Bagus |
22
Marah |
28
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
melnanzz replied at 19-10-2018 01:34 PM
Filem Badang adalah antara filem yg paling bebal tahun ini. Prof Mohaideen ni adalah pengarah yg san ...
ADVERTISEMENT