Pada asalnya dia hanya berniat mengambil gambar keindahan matahari terbit, namun tanpa disangkakan terakam gambar hantu di dalam kereta. Memetik laporan Inside Edition, insiden seram itu dialami seorang remaja yang merupakan jurugambar alam semulajadi di Ohio.
"Saya benar-benar rasa seram selepas melakukan zoom pada gambar yang diambil." Demikian kata remaja berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Troy Vance itu kepada Agensi Berita Caters. Jelasnya, dia tidak nampak apa-apa ketika mengambil gambar itu, namun hanya sedar kewujudan hantu tersebut selepas gambar yang dimuatnaik ke Facebook mendapat pertanyaan netizen.
"Selepas saya memuat naiknya ke Facebook, ada orang bertanya di ruangan komen adakah saya yang sedang duduk di kerusi depan." "Kemudian saya zoom dan melihat wajah hantu melalui cermin depan," katanya. "Saya sangat terkejut." "Masa tu memang tak ada seorang pun di dalam trak itu. Susah saya nak menjelaskannya." Vance berkata ia mungkin imej seorang budak lelaki yang mati lemas di tasik berdekatan pada awal tahun 1900-an. "Seorang budak lelaki kelihatan sedang duduk di kerusi depan. Ia sangat menakutkan, saya fikir mungkin dia dalam gambar itu." - CARI |
38
Bagus |
18
Marah |
25
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala: musim hujan ni banyak pulak jumpa hantu erk..tadi ada baca jumpa hantu kaki satu..sekarang hantu budak lemas pulak..
ADVERTISEMENT