Penduduk kampung di Tenom digemparkan dengan penemuan mayat lelaki tergantung pada dahan pokok mangga, semalam. Harian Metro melaporkan, seorang penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemui mayat lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 6.30 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asisten Superintendan Ahmad Razali Shaari mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada 7.05 pagi. “Orang awam memaklumkan ada seorang lelaki dipercayai mati akibat menggantung diri pada sebatang pokok mangga di kampung itu. “Siasatan awal mendapati, saksi seorang lelaki berusia 40-an dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ternampak lelaki itu tergantung pada dahan pokok mangga," katanya kepada NSTP.
Difahamkan, saksi memaklumkan kepada jiran terdekat untuk menghubungi polis selepas mendapati lelaki terbabit sudah tidak bernyawa. "Hasil siasatan di tempat kejadian, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan cara mengikat tali nilon pada dahan pokok itu menggunakan kerusi. Tali itu diikat pada lehernya. “Lelaki itu dipercayai merebahkan kerusi itu menyebabkan lehernya terjerut dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya. Pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen dan dibawa ke Hospital Tenom untuk bedah siasat. Hingga kini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya. - CARI
|
11
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...
Body_language replied at 16-10-2018 09:21 AM
Errrr.......bukan ke bapak yg lps anto anak ke sekolah tu yg jumpa mayat gantung diri kat pokok... ...
meklalala replied at 16-10-2018 09:08 AM
alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa n ...
zulka replied at 16-10-2018 09:24 AM
ko ni melalut ke apa? ni mesti baca sekerat sekerat ni..
meklalala: alaaa elok je lepas hantar anak sekolah pastu gantung diri..ohh kenapakah bapak oiiii..tekanan apa ni? ke ada org bunuh pastu create mcm bunuh diri hu ...
ADVERTISEMENT