Dua lelaki yang berlaku kejam dan memperkosa seorang remaja berusia 13 tahun sehingga lumpuh diberkas oleh Pihak berkuasa di Timor Tengah Selatan (TTS), Nusa Tenggara Timur.
Kompas.com melaporkan kedua-dua suspek dikenali Yohanes Bana dan Yeskiel Tafuli itu ditahan di dua lokasi berasingan di Desan Nelapetu, Kecamatan Noebana dan di Desa Toi, Kecamatan Amanatun Selatan. Jurucakap Iptu Jamari berkata, pada 7 Julai lepas, mangsa yang dikenali sebagai AB sedang membasuh pakaian seorang diri di tepi sungai. Yohanes datang dari arah belakang sebelum melibas parang sebanyak tujuh kali di bahagian bahu dan lehernya. Mangsa tersungkur berlumuran darah di tepi sungai tersebut.
Kemudian Yeskiel pula muncul dan merogol mangsa. Selepas habis memuaskan nafsu, mangsa dicampak ke dalam sungai. Nasib AB baik kerana diselamatkan penduduk kampung yang melalui sungai tersebut. Iptu memberitahu, "Selepas dirawat selama tiga bulan, keadaannya semakin pulih, namun kerana ada urat yang terputus akibat libasan parang telah menyebabkannya lumpuh kedua-dua kaki." Docktor di Hospital Kupang menasihati agar AB mendapatkan rawatan di Surabaya, namun atas faktor kekangan kewangan, mangsa memilih untuk berubat kampung. "Pelaku telah ditangkap dan kami masih menyiasat motif mereka." -CARI
|
40
Bagus |
24
Marah |
31
Terkejut |
29
Sedih |
31
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT