CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk Penyelia Tak Luluskan Cuti, Pemandu Klinik Dipenjara Lapan Bulan

18-10-2018 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2432| Komen: 10

Seorang pemandu klinik dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan menumbuk penyelianya.

Memetik Berita Harian, Mohd Khairul Ahman Mohammad, 42, melakukan kesalahan itu selepas berang permohonan cutinya tidak diluluskan.



Gambar Hiasan

Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengetepikan hukuman dibuat Mahkamah Majistret Besut terhadap tertuduh yang berasal dari Jertih pada 13 September 2017.

Terdahulu, tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun, menganggap hukuman dikenakan tidak memadai, lalu memohon hukuman terhadap tertuduh disemak semula.


Berdasarkan pertuduhan, Mohd Khairul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Penolong Pegawai Kesihatan Mohd Hushairi Mokhtar, 43, dengan sengaja di Pejabat Kesihatan Besut, Bangunan Wisma Persekutuan, Kampung Raja, Besut, jam 2.32 petang pada 15 Ogos 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
31

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (122 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 17-10-2018 05:07 PM
Sek penyung bestari gakkk
Quote Orix 17-10-2018 05:09 PM
Ni dlm Isele apoo hukumannya ??? Sebat di khalayak ka penumbok di khalayak ka atau gi mana??
Quote chicozinn 18-10-2018 11:17 AM
Orix replied at 17-10-2018 05:09 PM
Ni dlm Isele apoo hukumannya ??? Sebat di khalayak ka penumbok di khalayak ka atau gi mana??

boleh je kalu undang2 Islam nak ikut hukuman jel camtu..kan jatuh bawah 3rd level of crime that is not specifically mentioned under the Quran and Hadis (Takzir) yang mana keputusan akan ditentukan oleh Hakim..yang sebat sebab LGBT ke zina ke memang benda tu sah2 kne hukum Hudud sebab jenis2 jenayah yg dimurkai Allah n termaktub dalam Quran & Hadis..ingat senang2 ke nak sebat orang xpasal2 ni?huhu
Quote tobby 18-10-2018 11:21 AM
tan sri rahim noor tumbuk anwar dulu kena penjara 2 bulan jer kann....  ini tak adil  
Quote meklalala 18-10-2018 11:28 AM
mesti dah lama simpan geram ni..sekali nahhhh ambil kau sedddasss
Quote CupuCupu 18-10-2018 11:30 AM
Bazir masa 8bln...xde hukuman lain r yg lebih munasabah..
Quote Burong_Hantuk 18-10-2018 11:36 AM
kena buang kerja tak?
Quote Foxey 18-10-2018 11:48 AM
mesti ada hal penting kot nak cuti tu, kalau dah sampai tumbuk camtu
Quote saviour_09 18-10-2018 11:53 AM
ingat boleh senang lenang dah dapat bon kelakuan baik
sekali dpp appeal
ambik ko 8 bulan
ringan tangan la lagi tumbuk2 orang
Quote buapakperut 18-10-2018 12:49 PM
kan dah dpt cuti 8 bulan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052081 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top