CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Ikat Wanita Di Pokok, Belah Perut Dan Culik Kandungan

18-10-2018 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5227| Komen: 23

Sepasang kekasih didakwa mengikat wanita hamil pada pokok dengan dawai kawat sebelum membelah perutnya dan menculik kandungan mangsa.

Mara Cristiana da Silva, 23, yang hamil lapan bulan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.




Memetik Mirror, suspek, Angelina Rodrigues kemudian, dikatakan muncul di hospital dengan bayi terbabit dan mengaku bahawa dia baru saja melahirkannya, namun hasil pemeriksaan menunjukkan Angelina tidak hamil.

Difahamkan, staf hospital menghubungi polis sejurus suspek tiba di hospital dengan bayi mangsa kerana berada dalam keadaan mencurigakan.

Angelina, 40, dikatakan berjalan dengan normal, tidak seperti baru melahirkan dan dia berkeras enggan menjalani pemeriksaan kesihatan.


Suspek dan suaminya, Roberto Gomes da Silva ditahan pada Selasa selepas mayat Mara ditemui di dalam hutan berhampiran Joao Pinheiro, tenggara Brazil.

Menurut polis, Angelina kemudian mengaku membuat mangsa mabuk sebelum mengikatnya pada pokok dan membelah perutnya.

Polis percaya jenayah itu sudah dirancang dan suspek mendapatkan bantuan daripada suaminya dan pihak ketiga.


Kredit foto: Mirror

Ibu saudara mangsa, Euza Ribeiro memberitahu laman G1, suspek mendekati mangsa selepas mendapati wanita itu hamil anak perempuan dan Angelina sebelum ini pernah menyuarakan hasrat ingin memiliki seorang anak perempuan.

Malah, Angelina dikatakan berpindah masuk ke rumah Mara pada Sabtu, tiga hari sebelum mayat mangsa ditemui.

Bayi malang itu dilaporkan kini dirawat di hospital di Patos de Minas kerana cedera di kepala dipercayai akibat kejadian.

Media tempatan melaporkan, suspek juga dimasukkan ke hospital selepas 'pengsan' kerana diserang penduduk tempatan ketika dibawa ke tempat yang dia dakwa melihat mangsa buat kali terakhir. - CARI
21

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
26

Sedih
25

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (128 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 18-10-2018 11:32 AM
Cruel nyer.... perna dgr kes lain yg pembunuh tu umpan mangsa ngan barang2 baby.. mangsa dtg ke ruma jer trus kerjakn mangsa..
Quote mieymiey 18-10-2018 11:39 AM
Angelina dikatakan berpindah masuk ke rumah Mara


Mangsa tu kenal la kan dengan suspek? Siap pindah masuk dalam rumah.
Quote raxief 18-10-2018 11:39 AM
brazil.. murderous country
Quote shernazz 18-10-2018 11:40 AM
Adoi..sakitnya wei belah perut hidup.hidup...
Jilaka btol la orang gila.neh...
Quote Artemesiaa 18-10-2018 11:40 AM
Kejamnya perbuatan rasanya tak lama dulu pun ada kes yang lebih kurang sebegini juga disana
Quote Foxey 18-10-2018 11:46 AM
takleh ke dia adopt melalui proses biasa kalau dah nak anak tu? kejam tul la p belah perut orang
Quote meklalala 18-10-2018 11:46 AM
psyco lah laki bini..jahat yang amat nih!..belah perut ambil anak..pastu pergi hospital mengaku baru bersalin..apa dia ingat doktor tu tak belajar ke????
Quote puanbintang 18-10-2018 11:58 AM
kejamnya..sanggup la hati buat macamtu...
Quote haryatie 18-10-2018 12:01 PM
gilerrr..kejam
Quote misc 18-10-2018 12:08 PM
Kejamnya...
Kat Msia bersepah2 bayi kena buang.
Quote chicozinn 18-10-2018 12:09 PM
baby tu hidup ke x?aduh, bodo punya laki bini..sama cam kes dua mggu lepas
Quote minguk 18-10-2018 12:23 PM
dah la ikat mangsa dengan kawat berduri... kejam nya manusia
Quote greantea 18-10-2018 12:29 PM
ni kes nak anak tp x nak mengandung atau bersalin ker?
Quote giyomi 18-10-2018 12:31 PM
sadisnya perangai laki bini ni, nak sgt anak gi jer lar 'home' mana2 , syoitan.
Quote EvieWanKenobi 18-10-2018 01:06 PM
apa agaknya motif sebenar??
Quote azwanaliori 18-10-2018 01:44 PM
Whatefucccjjj
Quote FanTasyCreaTioN 18-10-2018 01:50 PM
giler ..
tak mampu nak beranak .. ambik l anak ngkat elok elok

teringat satu kes ..
wanita ni beli baju baju baby prelove
datang ke rumah penjual tu
tau tau mati kena bunuh dan d ambil baby dalam perut


Quote Joannalee 18-10-2018 02:32 PM
Kejam dan mental gile Bettina tu
Quote OsHiN_hOnEy 18-10-2018 02:34 PM
dulu bkn ker ada bod utk berita luar negara? CI hanya utk local news saja
dah mansuh ker bod tu?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051236 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top