Seperti mana cap jari, warna mata setiap manusia berbeza-beza dan unik. Banyak variasi warna mata manusia di seluruh dunia. Coklat, hitam, perang, kelabu, biru dan hijau. Indahnya ciptaan Tuhan!
Kerana taksub dengan pelbagai jenis pembedahan plastik dan ingin tampil lebih cantik, selebriti Instagram yang memiliki lebih satu juta pengikut, Nadinne Bruna hampir BUTA selepas membuat pembedahan menukar warna mata. Walaupun pembedahan menukar warna mata tidak dibenarkan di Amerika Syarikat kerana bahaya implikasinya pada mata, Nadinne nekad menukar warna matanya dari coklat kepada kelabu dan pembedahan memasukkan implan dilakukan di Bogota, Colombia. Nadinne membelanjakan ASD3,000 (RM12243) untuk pembedahan tersebut. Harga itu merupakan harga diskaun untuknya asalkan dia mempromosikan dan menyebarkan kepada orang ramai mengenai pembedahan berkenaan. Selepas pembedahan itu, mata Nadinne mula meradang, pedih, kemerahan dan gatal-gatal kesan daripada tekanan silikon di dalam matanya. Pelbagai rawatan dilakukan termasuk membuang semula implan tersebut, namun semua usaha memulihkan matanya gagal. Nadinne terpaksa menanggung kesakitan dan penglihatannya hilang 80 peratus di sebelah kanan dan 50 peratus di sebelah kiri. Kerosakan yang dialaminya kekal, malah dia terpaksa melepaskan banyak tawaran model kerana keadaan matanya itu. Bukan saja matanya bertukar kelabu, pandangan mata juga turut KELABU buat selama-lamanya. Bersyukurlah dengan pancaindera yang dikurniakan buat kita dan jagalah anugerah penglihatan ini sebaiknya. Jadikan kisah Nadinne sebagai pengajaran. Berpadalah dalam usaha untuk cantik. Jangan sampai mengubah ciptaan Tuhan. MENYESAL KEMUDIAN TAKKAN ADA GUNANYA. - CARI |
15
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
21
Sedih |
13
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala replied at 19-10-2018 04:54 PM
Harap harap mek sentiasa bersyukur dgn mata bulat hitam mek ni..phewwww
famri7 replied at 19-10-2018 11:56 AM
Kenapa elohim cipta mata ummah kita paling xlawa dlm kaum2 lain.
ADVERTISEMENT