CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dbkl Wujudkan Sop Atasi Kesesakan Di Ibu Negara!

13-9-2013 05:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4171| Komen: 8

    

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)sedang menggubal prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani masalah kesesakan trafik di ibu negara.



Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata SOP itu digubal dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan termasuk polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan.


SOP ini merangkumi empat aspek iaitu pengurusan kemalangan, perkongsian logistik dan sumber, penyebaran maklumat serta pengurusan trafik, katanya ketika berucapkan merasmikan bengkel Strategi Lautan Biru dalam menangani isu lalu lintas, di sini, Khamis.


"Di bawah SOP pengurusan kemalangan, jika berlaku kemalangan, kesesakan di kawasan itu akan diselesaikan dengan cepat dan berkesan. 

"Dari segi perkongsian logistik dan sumber pula, satu kaedah terbaik akan dilaksana supaya agensi terlibat dapat berganding bahu, seperti DBKL akan memasang 1,200 buah kamera litar tertutup (CCTV) dan 300 daripadanya akan diberi kepada polis," katanya. 


Selain itu, di bawah SOP penyebaran maklumat, DBKL akan bekerjasama dengan stesen radio bagi melaporkan keadaan lalu lintas, manakala SOP pengurusan trafik bertujuan mempertingkat kecekapan pengurusan agar setaraf dengan negara maju.


Ahmad Phesal berkata SOP itu merupakan satu keperluan kerana setiap hari kira-kira tiga juta kenderaan memasuki ibu negara dan angka itu terus meningkat saban tahun.


Bengkel dua hari itu membabitkan agensi berkaitan termasuk bomba, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, pemegang konsesi lebuh raya dan wakil stesen radio, bertujuan mencambah idea bagi penggubalan SOP berkenaan.


4

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-9-2013 09:09 AM
Jgn SOP jadi sup sudah...
Quote sueism 13-9-2013 09:21 AM
Adakah 1200 CCTV yg berharga 158 juta tu?????
Quote Al-Patih 14-9-2013 05:14 AM
"Dari segi perkongsian logistik dan sumber pula, satu kaedah terbaik akan dilaksana supaya agensi terlibat dapat berganding bahu, seperti DBKL akan memasang 1,200 buah kamera litar tertutup (CCTV) dan 300 daripadanya akan diberi kepada polis," katanya. 

300 buah aje ....yang lain ..untuk pameran ...bangang ...kan elok selaras debikKL dan polih ...pokai sama2 ...ini diaggih2 ...
Quote Acong 14-9-2013 05:15 AM
bagi laa kelulusan bina byk2 bangunan pencakar langit lagi.......
Quote Knowlee 15-9-2013 01:20 PM
sebenarnya kesesakan jalan raya ni berpunca daripada sikap pengguna tu sendiri. kalo sikap taknak diubah, SOP mcm mana pun takkan berhasil. masing2 pentingkan diri. kat roundabout contohnya, semua pun nak keluar serentak dr semua simpang. maka, tersangkutlah semua orang. benda yg boleh lepas dlm masa kurang dr seminit, dah jadi 30 minit lepak kat roundabout. sabor je ler.

dulu traffic jam kat highway PLUS menghala ke utara kat tanjung malim. dr sungai buloh dah start sesak, gerak sikit2 je. sampai area tanjung malim selepas 4 jam tersangkut, rupa-rupanya puncanya orang ramai parking kat tepi jalan highway mcm parking nak pegi pasar malam. hurm...
Quote freebird 15-9-2013 02:05 PM
cakap kat makcik pakcik kampung felda pprt kampungan low class tentang SOP, musti mereka melopong ternganga...wah...hanya ameno boleh memerintah...
Quote tripple_M 16-9-2013 08:26 AM
public trnsport kna upgrade n pelbagaikn..
so mau x mau rkyt tpksa la guna public trnsport..
adakn diskaun n kmudahan bagai..
tgk mcm ngra maju..mostly diorg gunakan public trnsport utk bgerak..
kt mlysia jaa mgglakkn pggunaan kreta
bak kata (moyang M=madey>>bukan tok dah),satu rumah satu kreta..
phuiiii...nk pelaku kan plotong lah tue..
abes kikis bulu2 rkyat..
Quote Jannatul_Aisya 16-9-2013 02:27 PM
tk jam ke lps ni????

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159933 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top